“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).
KUALA LUMPUR: Ibu kepada Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis di Seksyen 11 Shah Alam, April tahun lalu, hari ini membuat laporan polis mendakwa pasukan penguatkuasa itu mengeluarkan kenyataan fitnah dan cuba menutup kes kematian anaknya.
Norsiah Mohamad, 61, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira 10.30 pagi diiringi lima peguam. Norsiah mendakwa selepas kematian anaknya, polis memfitnah anak dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup kes berkenaan dengan membuat kenyatan kononnya anaknya dan rakannya, Azamudin Omar yang berada dalam kereta itu adalah penjenayah. Arkib di sini
Beliau juga mendakwa bahawa kenyataan polis yang menyatakan anaknya cuba merempuh anggota polis yang berada di tempat kejadian adalah palsu dan bertujuan menutup kes ini.
Pada 25 April tahun lalu, Aminulrasyid mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11, Shah Alam, ketika cuba melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan