Cabang

Isnin, 11 April 2011

Salah Guna Harta dan Dana Awam...Juruterbang Telah Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat kapten Sahimi Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah pukul 8.30 mlm ini di hospital Sibu. Beliau telah dimasukkan ke wad kecemasan selepas helikopter yang dipandunya terhempas di Dataran Sibu selepas menghantar rombongan SU akhbar Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 2 rakan lain daripada kementerian pelajaran....Takziah buat keluarga Allahyarham,moga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang sabar,amin.

Siasatan menyeluruh perlu disegerakan kerana ini bukanlah kali pertama pesawat yang digunakan ketika kempen pilihanraya terhempas. Kebetulan, kes sama pernah berlaku ketika siri kempen pilihanraya kecil pada tahun lepas yang juga melibatkan rombongan Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran.

Mungkin siasatan menjurus kepada salah guna harta dan dana awam yang menyebabkan kehilangan jutaan ringgit dengan sekelip mata. Lagi menyedihkan ianya hingga melibatkan nyawa juruterbang yang terpaksa bertugas kerana mengikut arahan walaupun di luar bidang tugasnya...tugas awam yang digunakan untuk keuntungan politik Umno Barisan Nasional...

Juruterbang Helikopter terhempas di Sibu telah meninggal dunia...al-fatihah

1 ulasan:

  1. Salam,
    Memang harta dan dana yang disalah gunakan dapat berakibat buruk.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)