Cabang
Sabtu, 7 Mei 2011
GOBLOK : Umno dan UM cuba memainkan sentimen Kaum/Agama...Memang Kuang Hajo!
KUALA LUMPUR - DAP tidak cadang atau bincang dengan mana-mana pihak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi jika diberi ruang memerintah negara ini bersama komponen Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw (gambar) berkata, Kristian tidak mungkin jadi agama rasmi negara, malah parti itu tidak pernah membincangkannya.
“Apa didakwa penulis blog mengenai majlis keraian di Pulau Pinang yang dikatakan membicarakan mengenai Kristian menggantikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah kenyataan tidak berasas. DAP mematuhi peruntukan mengenai agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Dr Tan berkata, kedaulatan undang-undang adalah asas perjuangan parti itu.
”Kami tidak pernah mempersoalkan kedudukan dan kedaulatan agama Islam yang dipilih menjadi agama rasmi negara,”katanya.
Kelmarin, beberapa blog menyebarkan gambar majlis keraian DAP di Pulau Pinang yang didakwa ada perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri juga daripada kalangan penganut Kristian.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, pendirian DAP teguh dan menghormati apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Apa yang disebarkan itu adalah tidak benar sama sekali. Itu adalah dakwaan palsu pihak yang ingin menyusahkan DAP.
“Agama rasmi adalah agama Islam dan itu tidak pernah kami pertikaikan. Ada pihak yang berniat jahat untuk menjadikan DAP musuh,” katanya.
Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata, walaupun beliau tidak menghadiri majlis keraian itu tetapi beliau yakin bahawa apa yang didakwa itu tidak benar. SH
nota kaki : Selama yang dikatakan Malaysia menjadi contoh oleh negara islam lain pun rakyat telah jauh disesatkan dengan kebobrokan tingkahlaku pemimpinnya, bila sudah tidak dipercayai rakyat berbilang kaum dengan ingin membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang. Umno dan Barisan Nasional cuba untuk meracuni otak-otak rakyat dengan cerita-cerita tahyul untuk menaikkan sentimen kaum dan agama...Goblok!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlagaSeminggu yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan