The Malaysian Insider
GOMBAK, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Bercakap di hadapan sekitar 200 hadirin pada satu ceramah di Kampung Changkat di sini, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, beliau (gambar) bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.
Meskipun mengadu keletihan ekoran sembilan ceramah bermula dari Kelantan sejak malam kelmarin, Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.
“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.
“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.
“Ini selari dengan semangat Sultan Saladin Ayubi... jika mereka adakan perang salib, kami boleh,” kata ketua pertubuhan bukan kerajaan ini, yang mendakwa bergerak atas platform mahu membela kepentingan dan hak kaum Melayu.
Dalam ucapannya, Ibrahim juga memberi amaran agar bukan Islam tidak memandang mudah sikap berdiam diri umat Islam sambil menegaskan, umat Islam sebenarnya mengutamakan keamanan dan keharmonian.
“Kami sudah bersedia. Berdiam diri bukan bermakna kami takut, kami telah berdiam diri sebab kami utamakan keamanan dan keharmonian.
“Tetapi orang-orang ini, jika mereka merasakan keamanan yang mereka nikmati selama ini tidak cukup atau kestabilan dan kemajuan negara tidak cukup dan mereka mahu melakukan sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, teruskan... kami bersedia,” katanya lagi.
Ibrahim mendakwa bukan Muslim kini seolah-olah berani dan tidak risau untuk bertindak sedemikian kerana mereka merasakan ada sokongan daripada ramai Muslim liberal dan pemimpin-pemimpin politik seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Ini pandangan saya. Jika saya tidak tepat, ia hak saya. Jika saya kasar, saya minta maaf. Dosa saya, saya tanggung.
“Tetapi mengapa ini berlaku sekarang selepas 53 tahun? Jawapannya anda tahu, punca utama ialah Anwar,” katanya lagi.
Ucapan Ibrahim kali ini berkisar pada kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa paderi-paderi Kristian dan pemimpin-pemimpin DAP berkonspirasi mahu memansuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan melantik orang Kristian sebagai perdana menteri.
Pemimpin-pemimpin DAP dan Kristian menafikan kandungan laporan sedemikian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian Khamis lalu bagi meredakan keadaan, tetapi Ibrahim menegaskan malam tadi bahawa laporan akhbar milik Umno itu adalah betul.
Ibrahim merujuk kepada laporan polis dibuat oleh seorang anggota DAP Islam kelmarin mendakwa dia tahu cerita sebenar apa yang berlaku ketika pertemuan di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Mereka menuduh Utusan Malaysia tetapi dari awal lagi, saya mengatakan ia sahih. Ia benar.
“Mengapa? Ini kerana Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Beliau Ahli Parlimen macam saya dan saya tahu dari lagak dan pertuturan yang dia gunakan,” katanya.
Ibrahim juga mengulangi dakwaannya minggu lalu bahawa anggota bekas Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan kumpulan lokal untuk berkonspirasi menggantikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.
Katanya, penyokong-penyokong PKM telah menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan agama dan persatuan bisnes selepas ia meletakkan senjata pada 1989 bagi meneruskan aktiviti mereka.
nota kaki : Jihad untuk pertahan bangsa melayu atau islam ? Fitnah sedang menyusup ke kampung-kampung dan pendalaman baik yang Islam, Hindu, Buddha atau Kristian. Gerakan terancang ini akan terus dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk mengekang rakyat bangkit menolak mereka dalam PRU 13 nanti.
Maka, akan ramailah yang menawarkan diri untuk menjadi tukang canang termasuklah peranan 'Spesel Branch' menghasut secara halus di kedai-kedai kopi dan majlis-majlis awam. Apco Laknatullah tidak akan berdiam diri jika melihat keharmonian antara agama di negara ini bertambah baik di bawah Pakatan Rakyat. Sebelum nak hasut rakyat, cukupkah kekuatan gedebe-gedebe Perkasa ultra melayu yang hanya berani memekik dan melalak di pentas demo kawalan polis? wallahua'lam.
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan