Cabang

Khamis, 26 Mei 2011

Mayat Berulat Disahkan Bukan Hee Yit Fong....


JELAPANG – Gempar apabila satu mayat lelaki berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan berulat di kawasan tangki air Puncak Jelapang Maju, petang semalam.

Mangsa, dikenali sebagai Susinthiran A/L Muthusamy @ Arumugam, 36, dari Jelapang ditemui sekumpulan empat lelaki yang kebetulan ke kawasan itu untuk memotong rumput dan membersihkan kawasan sekitarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang memakai baju T berwarna kuning dan berseluar jeans biru serta berkasut.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat pertama daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang.

“Anggota kami termasuk Unit Forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.

“Setakat ini pihak kami belum menerima sebarang maklumat lengkap berhubung kes terbabit namun siasatan lanjut masih diteruskan.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kematian.

“Keterangan lanjut mengenai kes ini hanya akan dimaklumkan sejurus selepas selesai bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan serta yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222....sumber SH

1 ulasan:

  1. kAH..kAh...terkejut aku baca tajuk ni!! tkpe biar dia mampos lpas ni!! KaH..Kah..KaH.!!

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)