Cabang

Khamis, 19 Mei 2011

Selepas African National Party dibubar, hanya parti perkauman Umno, Mic dan Mca masih lagi wujud di dunia ini....


Sepatutnya telah lama pendaftar pertubuhan mengharamkan terus parti-parti politik di bawah komponen Barisan Nasional kerana hanya parti-parti perkauman ini yang masih diberi tempat untuk berpolitik di dunia ini.

Walaupun pada tahun 1988 Umno pernah diharamkan, namun mereka telah diberi 'logo halal' dengan jenama Umno Baru dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Bebaru ini pun Tun Mahathir pernah mencadangkan supaya parti Dap diharamkan kerana dakwaannya ia parti cauvanis cina tapi terbukti beliau 'nyanyuk'. Sebenarnya Umno, Mic dan Mca adalah parti dominan di dalam Barisan Nasional yang banyak menyebar sentimen perkauman yang cukup bahaya kepada rakyat Malaysia kerana hanya mereka yang membuka keahlian dasar perjuangan tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja iaitu Melayu, India dan Cina.

Bukannya PKR atau parti-parti lain...Hanya komponen Barisan Nasional parti perkauman yang wajib diharamkan demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia. wallahua'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)