Fakhri Ali
PARIT BUNTAR, 1 Jun: Para pelajar sama ada di sekolah atau insitusi pengajian tinggi, tidak harus dipersalahkan apabila mereka tidak menghormati pemimpin kerana bibit-bibit tersebut telah ditanam oleh Umno semasa pentadbiran mereka sejak dahulu, kini dan selamanya.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa semasa berucap di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain, Titi Serong, malam tadi berkata, apabila pemimpin Umno boleh merasmikan mesyuarat agung PIBG di sekolah, kenapa pula wakil rakyat yang dipilih oleh masyarakat kawasan tersebut, tidak dibenarkan pula untuk menghadiri majlis dalam kawasan yang diwakilinya.
Menurut beliau lagi, baru-baru ini Jabatan Pendidikan Daerah Parit Buntar turut mengeluarkan surat amaran kepada pelajar-pelajar dari salah sebuah institusi pengajian tinggi yang telah menjemputnya untuk berucap dalam kawasan beliau.
"Ini membuktikan guru besar dan pengetua lebih takut kepada ketua umno bahagian. Umno bahagian yang telah ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya, diberi keutamaan dan ruang untuk masuk ke sekolah, tetapi wakil rakyat tidak dibenarkan.
"Amalan kuno ini dilihat sukar untuk dibuang dari pemikiran pimpinan Umno walaupun mereka sendiri menyedari, penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka dalam kawasan Parlimen Parit Buntar ini.
"Sikap 'double-standard' yang dipamerkan oleh Umno ini menjadi satu pendidikan yang diajar kepada pelajar sama ada di sekolah maupun di institusi pengajian tinggi, supaya menghurmati Umno bahagian melebihi dari suara rakyat yang telah memilih wakil rakyat dalam pilihan raya," ujarnya lagi.
Malah katanya lagi, sekiranya Umno terus dibiarkan memimpin dan menjadi peneraju dalam memimpin negara, banyak lagi kerosakan yang boleh berlaku sehingga merosakkan pemikiran dan pandangan positif pelajar dan masyarakat.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard. Harakahdaily
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga3 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Hakikatnya, umno memang masih kuat menguasai pentadbiran negara (baca: menguasai minda pegawai kerajaan). Bagi umno, parti ialah kerajaan dan kerajaan ialah umno. Memang mereka bebal tetapi pegawai kerajaan dipaksa menerima khurafat berkenaan. Siapa berani menentang umno? Kepada penjawat-penjawat awam, marilah kita berubah dengan mengubah parti umno yang menguasai putrajaya kini. mari kita pangkah PR dlm PRU 13.
BalasPadam