Cabang

Rabu, 14 September 2011

Bila Umno cuba-cuba saman....memang ye le tu !

Umno meneruskan lagi wayang lapuknya untuk menutup beberapa isu besar yang melanda mereka khususnya prestasi merudum barisan nasional dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Dengan kes-kes mahkamah yang masih tertunggak, mereka cuba-cuba saman beberapa pihak yang kononnya membuat fitnah kepada mereka.

walhal kisah rancangan jahat umno ini telah jelas apabila JAIS minta menangguhkan sebulan untuk menyiapkan laporan tentang serbuan ke Gereja Damansara Utama yang lalu.

Setelah berminggu-minggu dibiarkan rakyat mencari solusi sendiri, tetiba umno mendapat 'idea' untuk memanjangkan lagi isu gereja ini serta isu pendatang haram yang akan memperolehi kerakyatan segera dengan cuba membuat saman baru (walaupun mereka tidak pernah menang kes saman) melainkan hanya bermain 'sycho' kononnya mereka berada di pihak benar.

Mungkin juga untuk menguji sejauh mana ketaatan ketua hakim yang baru kepada Dato' Najib....wallahualam bissawab.

Tiada ulasan:

Catat Komen

cetusan ranting 1 (terkini)