Cabang

Khamis, 29 September 2011

Dap setuju Hudud dilaksanakan segera ?


Nah !!

Pakatan Rakyat telah berjaya jauh di hadapan berbanding Barisan nasional dalam menyelesaikan beberapa masalah dan isu besar yang melanda negara beberapa tahun kebelakangan ini. Terutamanya berkaitan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan seperti yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang semenjak mereka berada di kerusi MB dari tahun 1993 dan 2003 lagi .

Juga kenyataan beberapa pemimpin yang dilihat tidak selari dengan beberapa persetujuan di meja rundingan dan memberi kenyataan yang separuh masak sehingga akhirnya dimanipulasi oleh media dengan sebegitu teruk....

Nah !! masih ada segelintir pemimpin yang tidak faham dengan cara serangan musuh..

Walhal, sebarang kekhilafan di sana-sini jika ditangani dengan segera dan bijaksana akan dapat dirungkai secara harmoni.....maka segala bentuk ideologi dan dasar perjuangan parti masing-masing dapat diselami rakyat untuk diangkat sebagai model terbaik bagi menggantikan tubuh Barisan nasional yang sudah hampir kaku menjelang PRU13 nanti...masih beruntung ada SPR.

Terkini, pemimpin-pemimpin dan sekretariat Majlis Pakatan telah dapat membawa balik buah tangan masing-masing untuk dipanjangkan ke telinga rakyat....kalau asyik syok sendiri, segala tenaga dan usaha yang dijalankan hanya akan menambahkan lagi kekalutan.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," katanya yang membacakan satu kenyataan.


sumber di sini


Bagaimanapun usaha untuk memartabatkan hukum hudud adalah menjadi kewajipan kerana ianya akan memberi manfaat kepada semua termasuk yang bukan islam..Ianya bukan proses untuk menjatuhkan hukuman semata-mata tapi lebih kepada memberi pengajaran dan ianya mempunyai hikmah tersendiri dalam memberi keadilan semua bangsa dan agama...

Sekiranya tidak dimulakan oleh pemerintah sekarang, maka sampai bila-bila rakyat tak akan faham tentang keindahan berhukum dengan hukum Allah.

nota : Yang pasti pertembungan akan terus ke kemuncak kerana musuh tidak akan redha sehingga rakyat terus tunduk kepada mereka. Seperti yang biasa-biasa, ada pihak akan dipersalahkan.....

1. Satu pihak akan dianggap ingkar pada Raja kerana mempertahankan hukum hudud yang 'konon' bercanggah dengan Perlembagaan Negara...

2. Satu pihak lagi akan dikecam menghina agama Islam kerana menyokong Hukum Hudud dan memberi bebrapa pandangan tentang hukum Islam 'konon' mereka tiada keabsahan untuk bercakap-cakap kerana bukan beragama Islam.

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)