Cabang
Ahad, 2 Oktober 2011
Mohyiddin oh Mohyiddin.....
Tiada angin tiada ribut tetiba menteri pelajaran 1 Msia berlabun bab sekolah aliran Inggeris. Konon kalau nak buat sekolah aliran Inggeris kena ubah Akta dan Dasar Pendidikan Negara. Kenapa tetiba je? Ada hati nak ubah kepada aliran British ke ? Kalau nak pertahan sekolah aliran melayu,cina dan india kena pertahan Barisan Nasional ?
Selama duk paksa murid-murid hadap PPSMI selama ni memang bercanggah dengan Akta Pendidikan negara? mencabar Perlembagaan ?
Ceritalah nak promosi produk@projek baru MBBMBI kan senang....tak payah la berkias2 dengan labun menteri yang tak habis2....podah cit ! ????
SERDANG - Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini, kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Katanya, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.
“Kalau di sekolah swasta, itu lain ceritalah,” katanya.
Muhyiddin berkata, bahasa yang lebih mudah diajar kepada anak khususnya di peringkat rendah adalah bahasa ibunda.
Beliau berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.
“Sebab itu, orang Cina nakkan sekolah bahasa Cina, orang India nak dengan bahasa Tamil, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai bahasa,” katanya semasa menjawab pertanyaan pada sesi dialog bersama pelajar sempena lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.
Muhyiddin berkata, usaha itu juga mampu memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan pada masa sama penguasaan bahasa Inggeris terus dipertingkatkan.
“Saya bertanggungjawab dalam menggubal dasar, disebabkan itu ia masih hangat diperbincangkan sehingga kini, tetapi keputusan telah dibuat bukan sebab tidak suka bahasa Inggeris, tetapi kita mesti bersikap realistik.
“Ini kerana, terdapat pelajar, terutamanya di luar bandar langsung tidak tahu berbahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan peperiksaan kerana lebih mahir dengan bahasa ibunda,” katanya. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan