Cabang
Isnin, 10 Oktober 2011
Bajet 2012 dan Skandal Ananda Krishnan....
oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 10 Okt – Tindakan pihak berkuasa mengadakan siasatan ke atas tokoh perniagaan T Ananda Krishnan dan ketua pegawai kanannya Augustus Ralph Marshall tidak akan memberi kesan ke atas syarikat telekomunikasi terkemuka negara Maxis Berhad, demikian menurut syarikat itu hari ini.
Laporan media awal hari ini menyebut kedua-dua mereka disiasat bersama seorang bekas menteri pusat India dan adiknya. “(Tindakan membuka) Laporan Maklumat Awal (FIR) tidak ada sebarang impak ke atas Maxis Berhad, entiti yang disenaraikan di Bursa Malaysia,” kata satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Kenyataan itu berkata ia merujuk kepada satu laporan media bahawa Biro Siasatan Pusat (CBI) India telah membuka FIR, yang membolehkan siasatan formal dibuka, antara lain berkaitan dengan urusan Maxis Communications Berhad membeli Aircel Limited di negara itu pada 2006. Marshall merupakan pengarah Maxis dan Maxis Communications Berhad.
Maxis Communications Berhad memiliki pegangan yang signifikan dalam Maxis. Dalam pada itu Maxis Communications Berhad memiliki 74 peratus saham dalam Aircel. Berdasarkan laporan awal, pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap Ananda Krishnan dan Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.
Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu. Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India. Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.
Press Trust of India berkata CBI mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai. “CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.
“Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai,” kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini. Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.
CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.
sumber di sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan