Akta baru pala hangguk untuk menghalang Bersih 3.0........
Perhimpunan rakyat selama ini adalah aman dan tertib kecuali perhimpunan haram perkasa dan pemuda umno yang coba-coba mengganggu ceramah Pakatan rakyat. Konon-konon nak tipu dengan penghapusan I.S.A yang entah bila akan dilaksanakan....Apco laknatullah tau !
Lawan terus lawan !
Kerajaan Bentang Akta Perhimpunan Aman
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi memberi hak kepada rakyat untuk menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.
Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Mohamed Nazri turut membentangkan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Polis 1967 juga untuk bacaan kali pertama.
Menerusi Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, dinyatakan hak penganjuran dan penyertaan berhimpun secara aman dengan tertakluk kepada sekatan tertentu demi kepentingan negara dan ketenteraman awam.
Bagaimanapun cadangan akta berkenaan tidak terpakai bagi sesuatu perhimpunan membabitkan kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta perhimpunan mogok, sekat masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Akta baru itu turut dengan tegas menyatakan seseorang penganjur akan didapati bersalah sekiranya menganjurkan perhimpunan di mana-mana kawasan larangan dalam jarak 50 meter had tempat larangan.
Individu berumur di bawah 21 tahun serta kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun juga tidak dibenarkan menyertai perhimpunan kecuali yang membabitkan perhimpunan keagamaan, adat, perarakan pengebumian serta perhimpunan yang diluluskan Menteri.
Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan di bawah akta ini.
Berdasarkan akta baru itu juga memberi kuasa Ketua Polis Daerah bagi sesuatu tempat penganjuran itu untuk mengenakan sekatan tertentu bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
Bagi individu yang melanggar sekatan dan syarat yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Akta ini juga memberi kuasa kepada polis untuk mengeluarkan arahan bersurai menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya sesuatu perhimpunan itu menyalahi peraturan.
Kesalahan bagi peraturan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.
Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, pihak polis juga diberikan kuasa menangkap tanpa waran penganjur dan peserta yang melakukan kesalahan melanggari akta tersebut.
Sementara itu bagi akta untuk meminda Akta Polis 1967, matlamatnya ialah untuk memotong Seksyen 27, 27A, 27B dan 27C.
Kesemua seksyen ini berkaitan dengan pembuatan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk menghapuskan syarat permohonan lesen bagi sesuatu perhimpunan.
sumber mStar Online
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & TerengganuSehari yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
huh! macam2 umnoapco ni..
BalasPadam"Masyarakat bukan warganegara juga adalah dilarang menyertai perhimpunan di bawah akta ini."
yg ni, applicable kat umno,esp patriot..huhu
p/s: khairy, take note!