Cabang

Khamis, 10 November 2011

Haji Najib ke Mekah demi keredhaan Raja Abdullah, bukannya Allah? Nau'zubillah....

Haji Najib Razak mendakwa beliau telah diberitahu oleh Raja Arab Saudi dan Putera Mahkotanya bahawa mereka menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau bersama isterinya Hajjah Rosmah Mansor dalam mentadbir negara ini.....

Kerajaan Arab Saudi telah memberi penghormatan yang luar biasa kepada rombongan beliau dengan memberi kawalan keselamatan rapi semasa menunaikan ibadah Haji walaupun tanpa media utama memberi apa-apa liputan berita dan gambar beliau dan isteri ketika melakukan ketiga-tiga jamrah pada Hari Tasyrik dan Hari Nahar.....


Katanya lagi....

"Malam tadi, saya merupakan ketua kerajaan yang pertama dapat berjumpa dengan Putera Mahkota yang baru, Putera Naif dalam satu pertemuan yang berlangsung selama sejam setengah.

"Ini menujukkan bahawa kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang merupakan 'Custodian of the holy mosque' (pengawas Masjidil Haram) dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita,".


selanjutnya di sini

nota wukuf : Berlainan dengan para hujjaj lain sekembalinya mereka ke tanahair selepas mengerjakan ibadah haji. Segala riak dan sombong mereka akan luntur sekiranya ibadah haji memberi seribu pengertian serta keinsafan. Insaf dengan segala perbuatan mungkar yang telah dilakukan samada sedar ataupun tidak.....Tak habis-habis dengan pujian demi pujian yang dicari, sehingga lupa pujian dari Allah adalah sebaik-baiknya.

Ini pula berita yang pasal-pasal :-

"Jangan lepas had, amaran Hishamuddin"

"Ada pihak cuba sabotaj wanita umno, kata Shahrizat"

Itupun belum kira lagi apabila Muhyiddin berkata-kata tentang mengguna pakai program MBMMBI yang pernah digunakan 30 tahun lalu bagi membakul sampahkan jutaan RM berhabis demi PPSMI.....

Inilah akibat bila orang tua-tua yang pergi menunaikan ibadah haji tanpa meninggalkan nafkah dan wasiat yang secukupnya untuk anak-anak mereka. Pakcik dan makcik Felda berpuluh kali ke Mekah tapi 'cool' ajer.....wallahua'lam.

1 ulasan:

  1. Inilah bangsaku Melayu, banyak cakap. Cakap dan tulis perkara yg bukan-bukan sepertinya nama bangsanya juga.

    Jangan cakap banyak, apa lagi kalau perkara itu tidak kamu ketahui dengan benar. Lubang neraka menantimu kerana berkata tidak benar......

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)