Belasungkawa: Malaysia Mangsa Transit Dadah Tidak Lumpuhkan Semangat Govinden
PETALING JAYA: Malaysia dikatakan berisiko besar sebagai negara yang menjadi tumpuan untuk kegiatan penyeludupan dadah dan perkara itu diakui sendiri oleh Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M. Govinden.
Malah beliau turut ‘membongkarkan’ mengenai trend modus operandi sindiket dadah pada masa ini semakin berubah apabila menjadikan ramai warga tempatan terutama gadis yang diumpan sebagai keldai dadah.
"Statistik pada Jun tahun lalu menunjukkan seramai 17 wanita tempatan telah ditahan di China. Itu belum lagi di negara-negara lain. Mereka terpesona dengan tawaran sindiket yang antaranya membeli beg tangan berjenama mahal.
"Ibu bapa perlu memandang berat dan mengambil perhatian serius dengan perkembangan tidak sihat ini,” demikian antara pesanan terakhir Govinden kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung isu dadah di negara ini.
Datuk M. Govinden bagaimanapun meninggal dunia pada usianya 57 tahun pada malam Sabtu kerana serangan sakit jantung.
Sebagai antara peneraju agensi penguatkuasa di KLIA, mendiang menyuarakan kebimbangannya terhadap kawalan keselamatan di pintu masuk utama negara.
Beliau sebelum ini menyatakan bahawa sindiket dadah telah mengubah laluan asal mereka ke negara ini bagi mengaburi pihak berkuasa sekali gus menjadikan semua penerbangan ke Malaysia berhadapan risiko besar untuk kegiatan penyeludupan.
Namun perkara itu tidak melumpuhkan semangat beliau yang dilahirkan pada 22 Mac 1955 ini kerana baginya, tidak kira dari mana destinasi penumpang berlepas, Jabatan Kastam di KLIA akan sentiasa memperketatkan pemeriksaan tanpa memfokuskan laluan yang disyaki ada kaitan dengan penyeludupan dadah semata-mata.
“Jabatan Kastam akan menambah bilangan anggotanya untuk memperketatkan pemeriksaan di KLIA,” kata Govinden.
Demikian kata-kata mendiang sebagai seorang pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman dalam aspek pengurusan kastam di negara ini.
lagi baca di sini dan sini...
nota kaki : bila hari-hari buat operasi besar(telus gamaknya) berkilo-kilo barang seludup samada haram atau halal berjaya dikesan. Termasuklah barang-barang hiasan wanita yang telah diisytiharkan 'free duty' dalam bajet 2012 Dato' Najib.
Selepas ini, harap2 siapa yang menggantikan tempat mendiang akan lebih kerap keluar di media massa dengan tugas barunya....Termasuklah membuat gesaan menyiasat kembali kes misteri Allahyarham Ahmad Sarbini,harap2.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
53 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan