Cabang

Isnin, 23 April 2012

PNB : Penyamun sedang 'transform' khazanah negara....

Geng penyamun ni tak habis-habis nak belasah harta rakyat. Muka tebal langsung rasa tak malu membedak harta rakyat macam mak bapak diorang yang punya....Tubuh syarikat semata-mata nak 'flow' dana untuk survival jangka pendek.

Bila rasa dah nak tergolek@muflis@mampos senang-senang jer nak lupus...konon2 nak buka tender baru untuk selamatkan syarikat mak bapak diorang dan tubuh pula syarikat baru untuk 'flow' lagi duit rakyat.

Baik jangan jual nama melayu@bumiputera....suka hati letak jer nama Najib Baba samun selagi mahu nak samun. Penyamun-penyamun lain tukang angguk makan komisen tutup mulut janji anak bini kaya raya....copah !!!



10 lagi syarikat akan dilupuskan: Najib 

2012/04/23 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan sepuluh syarikat, masing-masing lima syarikat di bawah Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan selebihnya di bawah Khazanah, akan dilupuskan. 

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pelupusan itu bertujuan membolehkan semua syarikat itu diserah milik kepada syarikat Bumiputera lain melalui tender terbuka. 

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikannya, yang berlangsung selama kira-kira dua jam di sini hari ini. "Keputusan itu membolehkan PNB dan Khazanah melupuskan perniagaan yang bukan teras, selain untuk memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi dan mempunyai kemampuan terbukti, untuk mengambil alih syarikat tersebut dan memajukannya lagi," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat itu. 

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Najib berkata, pengumuman nama syarikat tersebut akan dibuat tidak lama lagi kerana ia perlu melalui proses mendapatkan keputusan daripada Lembaga Pengarah. 

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri berkata keputusan turut dicapai untuk menambah sejumlah 50 lagi syarikat teras Bumiputera yang menjadikan keseluruhan 130 syarikat Bumiputera berprestasi tinggi. "Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa beberapa syarikat yang sudah tersenarai berjaya menjadikan syarikat itu sebagai sebuah syarikat utama dalam bidang masing-masing," katanya. 

 Najib berkata, sebagai contoh, syarikat AZRB yang memperoleh kontrak besar daripada program MRT, selanjutnya menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta dalam jangka masa dua tahun kepada syarikat-syarikat Bumiputera. 

Selain itu, katanya, MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Teraju dalam sektor industri pelancongan, dan MITC akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasikan pelan perkembangannya selain membantu syarikat Bumiputera yang lain. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)