KUALA LUMPUR - Polis menolak kemungkinan kejadian lima anggotanya yang merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya awal pagi semalam ada unsur khianat, sebaliknya hanyalah kemalangan biasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam cedera apabila kereta jenis Satria Neo yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, anggota berusia antara 20 dan 22 tahun sedang bersiar-siar berhampiran di kawasan tersebut.
Menurutnya, dua mangsa, masing-masing mengalami patah hidung dan patah kaki, kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
"Tiga lagi cedera ringan.
Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mereka mengantuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol, bagaimanapun kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu terlebih dahulu bagi menyiasat punca sebenar kejadian.
“Polis akan mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat,” katanya.
SinarHarian
seorang daripada mereka ketika dihubungi telah mendapat mesej di talipon berkenaan bos lama mereka....di sini kehkehkeh, bukan saya kata tapi seseorang katalah, Innalillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan