SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, hasrat
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menimbangkan untuk bersara jika gagal
menawan Putrajaya adalah hakKetua Pembangkang itu untuk melakukan apa
yang difikirkan terbaik untuk dirinya.
Menurut Ahmad, kenyataan Anwar tersebut, yang dibawa oleh Financial Times, mungkin juga bertujuan untuk memberitahu penyokongnya bahawa PRU13 adalah yang terakhir baginya setelah beliau menyebarkan pelbagai manifesto dan perlu bekerja bersungguh-sungguh.
“Itu hak dia untuk lakukan apa yang difikir sesuai untuk dirinya...mungkin juga tujuan dia kata itu untuk beritahu kepada penyokongnya yang ini dalah PRU terakhir untuk dirinya, jadi kerja bersunguh-sungguh.
"Tapi beliau juga perlu ingat, yang kami juga kerja amat bersungguh-sungguh untuk pertahankan Putrajaya dan negra ini kerana kami yakin perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah mulia," katanya.
Ahmad juga berkata, BN masih menjuarai kehidupan rakyat dan sedang melangkah memajukan negara seimbang dengan pergerakkan arus pemodenan negara pada masa kini.
“BN menjadi pembela rakyat, BN memberi keadilan kepada semua bangsa dan BN sentiasa mendahulukan rakyat setiap masa,” katanya lagi reaksi yang dihantar menerusi SMS petang tadi kepada Sinar HarianOnline.
Sebelum ini, PR juga telah menyatakan hasrat yang diluahkan Anwar adalah tindakan yang berani dan 'gentleman', namun ketelusan sistem pilihan raya dan media perlu ada serta negara tidak mengamalkan politik longkang dan melakukan serangan peribadi justeru membiarkan rakyat membuat pilihan secara sendiri tanpa paksaan.
Dalam kenyataan Anwar semasa wawancaranya bersama Financial Times sudah tentu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar pakatan pembangkang terutama kerana ia disuarakan ketika negara sedang menunggu Parlimen dibubarkan dan beliau dikatakan akan meneruskan jawatan lamanya sebagai guru.

sumber berita dan gambar di SH
Mohon buat pautan blog:
BalasPadamrizuwankini.blogspot.com
Terima kasih.
DAM,lebih baik kau duduk diam dari berkata-kata kerana kata-kata mu menjelmakan kebodohan kau yang sememangnya BODOH.
BalasPadam