Cabang

Jumaat, 3 Ogos 2012

Bayi halal dibunuh?...Subhanallah!



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. 

Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. 

“Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
 
nota komeneh : Inilah akibat bila hukum yang ditetapkan Allah tidak diyakini, rakyat dikatakan menjadi beban kepada negara. Moga2 negara Malaysia tidak mengikut jejak langkah puak jahiliyah komeneh China setelah beberapa kali pemimpin Umno dan Barisan Nasional melakukan 'hubungan sulit' walaupun propaganda anti-komeneh sering dijaja semata2 memainkan sentimen murahan untuk terus berkuasa.....tazkirah ramadhan.

3 ulasan:

  1. Itulah kebesaran Allah... Sayang mereka tidak mengetahui dan tidak ada yg memberitahu... setelah lama idamkan anak maka Allah telah anugerahkan anak... tapi datang bersama ujian Allah 12 anak yg dikurniakan.. kalau betul anak2 yg tidak berdosa itu dibunuh... samalah seperti apa yg berlaku dlm sejarah zaman jahiliyyah dulu... dan pasti azab Allah akan tiba... Nauzubillah...

    BalasPadam
  2. UNDANG-UNDANG SETAN NI...

    BalasPadam
  3. Tolong cari bukti kesahihan berita ini, kerana saya sudah cuba cari berita asal namun tak berjaya. Beberapa forum berbahasa cina mengenalpasti berita ini adalah palsu

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)