Rais Amah Yatim sahkan PAU memang sarkas...nah buktinya !!!
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK),
Datuk Seri Dr Rais Yatim berharap Perhimpunan Agung Umno 2012 yang
bermula Selasa ini akan menumpukan kepada perkara-perkara lebih faktual
dan mengurangkan jenaka serta gelak ketawa.
Beliau berkata perwakilan tidak harus menyamakan perhimpunan kali ini
dengan perhimpunan yang lalu sebaliknya ia harus menjadi perhimpunan
yang paling lengkap untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13.
"Tahun lalu berlaku banyak berjenaka, ketawa...sehingga 'kerja rumah' yang paling penting kadangkala dilupai.
"Diharapkan kali ini tumpukan betul-betul kepada pergolakan, bagaimana
mengatasi perpecahan dalam masyarakat Melayu misalnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menyertai
acara Sepetang YB Menteri KPKK Bersama Mahasiswa Mahasiswi Universiti
Malaya (UM) sempena Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di UM, di sini
hari ini.
Rais juga berharap agar perwakilan juga tidak mengemukakan
pandangan-pandangan yang membawa kepada isu perkauman sehingga
memecahkan konsep ummah sebaliknya fokus pada cara bagaimana menegakkan
perjuangan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Sementara itu menyentuh mengenai PMS, Rais berkata kementeriannya akan
membiayai satu segmen industri kreatif di UM bagi menjayakan pelan dasar
industri kreatif negara.
"Melalui program hari ini KPKK akan mengumpulkan data untuk menentukan
kecenderungan aspek seni budaya mahasiswa UM yang memerlukan bantuan dan
bimbingan KPKK.
"Kita (KPKK) boleh bantu dari segi latihan dan kepakaran dalam beberapa
aspek atau mereka boleh sertai bengkel di Akademi Seni Budaya dan
Warisan Kebangsaan (Aswara)," katanya.
Beliau berkata program yang juga telah dilakukan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini bertujuan mencungkil potensi
mahasiswa yang berminat dalam industri kreatif ke arah produktiviti
tinggi dalam bidang tersebut. - Tiunama
nota : Mana lagi celaka,celaka dan celaka di antara tidak membenarkan sebarang pemerhati asing dengan membenarkan pengundi-pengundi warga asing campurtangan urusan pilihanraya Malingsia?....tapi jangan terkejut nanti, perwakilan umno akan kata Rais Amah lagi celaka......wallahualam bswb
cetusan ranting 1 (terkini)
Orang Bangla di Malaysia cakap Mahadey itu orang depa dan ada link dengan Bangla desh. Betulkah.....Harap PAS boleh selidek sikit.
BalasPadam