Timbalan Presiden Perkasa dijumpai mati tercekik....Innalillah
SHAH ALAM – Perkasa mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan
segera terhadap pihak yang didakwa mendoakan kehancuran sesama umat
Islam bagi membendung perkara sama tidak berulang.
Timbalan Presidennya, Datuk Abd Rahman Bakar berkata, isu melibatkan
akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian tidak boleh
dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.
“Amat jelas sekali doa seperti ini bercanggah dengan ajaran Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak, jangan tunggu lagi.
“Saya tidak faham kenapa mereka boleh berdoa begitu, perkara seperti
ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Baru-baru ini, pada solat hajat yang dipimpin oleh adik kepada
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat di
Stadium Muhammad IV, Kelantan, sempena Muktamar Pas ke-58 mendapat
reaksi pelbagai pihak.
Intipati doa itu ialah mereka mendoakan dipermudahkan perjalanan
Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya dan menghancurkan Umno-Barisan Nasional
(BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Mohd Afandi Yusof
berkata, doa menghancurkan Umno-BN pada PRU13 adalah bukti bahawa Pas
amat terdesak untuk merampas kuasa.
Menurutnya lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersuara dan menyatakan
pandangan dengan jujur agar isu ini tidak mengelirukan rakyat.
“Rakyat sudah boleh menilai siapa Pas sebenarnya, mereka membuka pekung
sendiri, jadi terpulang kepada masyarakat (untuk melihat perkara ini),”
katanya.
Selain itu, Mohd Afandi turut menyarankan agar isu ini diketengahkan
pada Persidangan Agung Umno yang akan bermula hujung bulan ini kerana
isu ini sudah sampai ke tahap melampau dan perlu perhatian segera.
“Saya menyeru ulama-ulama Pas kembali ke pangkal jalan dan bertaubat,” katanya.SH
nota : HaHahaHahaHahaHahaHahaHahaHahaaaaaa,mungkin doa mukmin2 yg dizalimi di Kota Bharu oleh rejim Umno-Bn selama diberi peluang memerintah negara telah nampak tanda2 makbulnya....sekiranya terus di aminkan di persidangan agung Umno-Bn, kompom Umno-Bn Hanco !!!! Hanco Umno !~!
cetusan ranting 1 (terkini)
Mung Dramang belajor agame duane gak? Mung xtahu bende xpayoh nak lebong. Mung mollek dulu lorong Hj. Tahir atau mung tolong gak adik kakok Wokaf Cheghok tu lebih baik dari mung dok cakap bende hok mung xtahu stabot. Mang, mung dok laku dah lenni.
BalasPadamDiam lebih baik dari berkata-kata
BalasPadamtahniah di atas keberanian PAS.....
BalasPadamNie... Trengganu mana plak nie... Dia kata kat sapa... aku tak paham langsung.... Nate Berok sungguh...!!
BalasPadam