Cabang
Rabu, 27 Februari 2013
Majoriti rakyat sedia terima Putrajaya baru....
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk dihukum oleh rakyat menerusi sistem demokrasi yang adil dalam negara ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR tidak mahu memerintah sepanjang hayat.
Menurutnya, dengan konsep yang ditunjukkan menerusi manifesto PR iaitu kehebatan perlembagaan, rakyat boleh menghukum PR menerusi proses pilihan raya, jika tidak memberi prestasi yang baik.
"Rakyat boleh menjadi hakim yang adil. Kerajaan PR tidak berlagak menjadi Tuhan.
"Kita bukan pemimpin yang tidak tahu malu dengan melindungi dan membersihkan diri yang sememangnya tidak bersih," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam.
Katanya, rakyat pada hari ini berhadapan dengan negara yang tidak ada maruah demokrasi, pemimpin yang tidak ada rasa malu dan pelbagai salah laku.
"Rakyat dinafikan untuk berfikir dengan benar serta laporan media yang tidak adil," katanya.
Pada waktu yang sama, Abdul Hadi berkata, parti-parti politik yang fanatik perkauman sudah tidak relevan di negara ini.
"PR sudah berjaya menterjemahkan amalan ini melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sudah lebih sebahagian rakyat negara ini sudah menerima hakikat ini dan semangat rakyat mesti dihidupkan.
"Hanya Barisan Nasional, MCA, MIC, Umno dan parti seangkatan mereka yang masih berteraskan perkauman dan mereka tidak dianggap relevan lagi," katanya.
Katanya, PR menerima adunan pelbagai kaum, budaya dan pengalaman.
"Jika ia disatukan, ia akan memberi kekuatan kepada PR.
"Kita juga sudah menyatukan pelbagai kaum menerusi konsep kita menerusi perlembagaan, yang mana tidak mampu dilakukan mereka (Barisan Nasional)," katanya. SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan