Rais yatim : Beromen aje setengah jam, sembang masa depan cuma 10 minit ?
KUALA LUMPUR - Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto
pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia
(RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi
laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
berkata, peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan
juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih
dahulu.
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang
untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri
peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah
kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk
melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini hari
ini.
Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem
demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk
mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.
Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut
peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman,
tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha
kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.
"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.
Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau
memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan
negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil
hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.
"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan
jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia
dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak
wasangka," katanya.-
Bernama
* aje gampang kaki amah ni !
cetusan ranting 1 (terkini)
Bentang menifesto 10 minit, iklan sokong BN berjuta lemon, skrangpun dah mula dgn segala bagai 1M.
BalasPadamPastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)
BalasPadamAdik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..
Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6