Tun Mahathir akui khurafat 'Hanya Umno Tempat Berpaut' wajib dibuang.
SHAH ALAM - Walaupun sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad lebih fokus kepada isu politik dan semasa, namun dalam entri
blog yang terbaharu, chedet.com berbeza sudut penceritaannya.
Kali ini beliau menceritakan tentang hantu!
Dr Mahathir melalui entri itu berkata, beliau tidak takut berhadapan
dengan makhluk halus sekaligus menyifatkan kejahatan manusia lebih
ganas.
"Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka, tetapi
saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain
makhluk ghaib.
"Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru," tulisnya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga veteran Umno itu berkata,
kepercayaan dan ketakutan masyarakat Melayu terhadap makhluk ghaib dan
halus itu menyebabkan ramai yang berusaha untuk melindungi tempat kerja
dan sebagainya.
Tambahnya, kepercayaan itu juga telah menyebabkan individu tersebut
sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya
boleh melindungi mereka berbanding "Mat Salleh" yang tidak mempunyai
kepercayaan itu.
"Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk
melindungi pejabat dan hospital Kerajaan dari hantu dan orang halus.
"Acara ini termasuklah menanam telur, menyimbah air dan membaca doa-doa
tertentu yang telah dikenalpasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang
menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan," ujarnya.
Selain itu, Dr Mahathir juga meminta penjelasan daripada golongan agamawan berhubung perkara itu.
"Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang
halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama
Islam.
"Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika
ingin selamat, apakah tidak kita menyekutukan ALLAH SWT atau memberi
kuasa kepada yang lain selain dari ALLAH yang kita sembah?," soalnya. SH
cetusan ranting 1 (terkini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan