Cabang

Isnin, 30 Januari 2012

Penganut Hindu Bantah jual arak sempena Thaipusam....

Sinar Harian 29.01.2012

GEORGETOWN - Seramai 50 penganut Hindu bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Hindu Sangam dan Malaysia Hindu Dharma Mamandram semalam mengadakan demonstrasi secara aman untuk membantah penjualan arak ketika sambutan Thaipusam, di negeri ini.
Penjualan minuman memabukkan secara berleluasa dijangka mengundang pelbagai masalah dalam kalangan remaja lelaki khususnya yang berkumpul beramai-ramai ketika Thaipusam.

Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata, pemilik kedai dan restoran dipercayai mengambil kesempatan sempena Thaipusam untuk menjual arak di sepanjang jalan di mana penganut Hindu menyempurnakan nazar seperti membawa kavadi dan belanga susu.

“Ada juga segelintir individu tidak bertanggungjawab sanggup memuatkan arak dalam kereta dan menjual kepada orang awam khususnya kepada remaja lelaki,” katanya kepada media selepas demonstrasi yang diadakan di hadapan sebuah hotel, Jalan Kebun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, CAP dijangka menghantar surat bantah penjualan arak kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menjelang sambutan berkenaan 7 Februari ini.SH

ada umno kisah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)