Cabang

Selasa, 7 Februari 2012

Peduli apa Tuan Guru Presiden bertanding atau tudak...kerja tumbangkan Umno adalah wajib !!


KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan raya Umum ke-13 sama ada di peringkat Dun atau Parlimen dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari di Pejabat Agung PAS.

“Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.

“Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke-13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS, katanya bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

Beliau menambah, walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden PAS terus menerajui PR.

“Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti,” jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Malah, ujarnya dengan kepercayaan gerakan Islam Antarabangsa kepada Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan muslim agung abad ini.

“Hasrat beliau yang lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang tinggi memperlihatkan bahawa dalam PAS, jawatan bukanlah perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah.

“Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila mana jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin,” jelas Tuan Ibrahim lagi.HD

nota anak bukit: Bila berita tentang kewafatan Nabi tersebar para sahabat beria-ia merahsiakannya dari pengetahuan umum kerana terlalu sayangkan nabi. Ditambah pula kekuatan Islam berada di kemuncaknya pada zaman itu. Rahsia kewafatan nabi juga adalah supaya keyakinan umat islam pada waktu itu tidak luntur.

Namun,Allah adalah terbaik perancangannya. Islam tetap akan terpelihara walaupun pemimpin2 besar tidak lagi bersama saf hadapan kerana keuzuran ataupun pergi mengadap Ilahi,Insyallah.

2 ulasan:

  1. Waktu Hadi duduk semeja dengan Anwar dan Kit Siang, Hadi tak cakap tentang negara Islam dan dia pun tak kata negara ini negara Kapiaq. Karpal Singh pun belum mati untuk mayatnya dilangkahi.... ingat apa kata karpal dulu? Atau orang politik cakap pakai bantai saja untuk tepukan gemuruh dan duit sekupang?.... Negara ni negara Kapiaq?

    BalasPadam
  2. hj hadi test market tuh...
    ada demand lagi....
    permohonan berundur ditolak....
    wak tengok...sangkut lagi tuh.....

    kah kah kah

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)