Cabang

Selasa, 27 Oktober 2009

KEY tv ON >>> PLEASE INPUT PASSWORD...Menjelang 28 lawan 28 pada 28 sebab 28 ?

semalam balik kerja awal sikit 6.15, ambik anak kat umah pak mertua. nak pegi bawak main-main kat stadium, k.yong kata 'laut main'....


memang janji bila deme mengamuk, umpan dia 'laut main'...sengap!!. dulu rajin bawak lepak kat Lumut, mungkin kerana main kat laut bersebab jadi 'laut main'. main gelongsor tak sampai 10 minit dah azan maghrib.....ajak balik.

sampai rumah masing-masing dah tahu peranan, aku bukak kunci dan yang sorang bukak lampu,lagi sorang bukak tv....cerita katun!!! time-time maghrib, tapi nasib baik tak layan sangat cuma yang akak ada sikit berguru dengan paksunya. sambil adik bermain plak dengan 'remote tv', biasa le benda baru beli abih dibelek. macam henpon dibuatnya. tv yang lama lagi....


aku tak ambik kisah waktu tu, lantak deme le asal jangan panjat buat jimnastik atas tv udah....


lepas sembahyang, aku terus pegi bilik basuh nak sambung kain dah berlonggok tak basuh. rupanya kain basuh pagi tadi tak bejemur, naya betui. kemas rumah apa yang patut, sambil anak aku merenget nak susu. saja buat tak dengar sebab deme baru lepas makan tadi mak mertua yang suap. lama jugak derita nakkan susu,aku buat dek sambil hulur biskut strawberi...ngap le jugak.


belek surat kabo kelmarin, kut-kut ada yang terlepas pandang berita sensasi. anak-anak sambung main barang mainan, sesekali tengok hero aku bekenan sangat main dengan 'remote tv' baru tu...biaqpila!


tengah duk melawak sekali dengan deme, tetiba aku terasa nak ke bilik menung....sebelum tu aku buatkan deme susu, melompatle bila dapat benda yang ditagih. yang akaknya mata pun dah kelayuan, nak tido le dah...


selepas keluar menunaikan hajat tu, aku tangok k.yong dah berlayar dan adiknya plak tersengeh-sengeh macam ada yang tak kena jer...pelik budak ni!!! selalu dah kena sebotol 6ml tak macam ni. rupanya dia dah kerodek 'remote tv' sampai skrin tertera...



KEY tv ON >> PLEASE INPUT PASSWORD _ _ _ _ _ _


puas 'try' nombor biasa 123456 tapi tak berjaya, masa bila plak pakai password nih. masuk bilik selongkar nak cari manual tapi entah tak tau kat mana. ambik henpon mesej isteri kut-kut dia ingat kat mana letaknya 'password' tu...takde jawapan. angkat anak-anak masuk bilik terus tidur.


menjelang sidang dun Perak esok, sama-sama lah kita doakan semoga perjalanan sidang oleh YB-YB pilihan rakyat berjalan dengan penuh adab dan bertanggungjawab. di harap, semua YB-YB pilihan rakyat hadir dengan tenang dan masuk ke dewan dalam keadaan bersedia untuk bermesyuarat demi membangunkan negeri yang tercinta ini...

ia termasuklah MB Pakatan Rakyat, MB Barisan Nasional, Speaker V Sivakumar, Adun Behrang, Adun Ckt Jering serta Adun Jelapang kerana suka atau tidak mereka adalah YB pilihan rakyat. walaupun beberapa Adun ada kes mahkamah yang juga bersidang esok, dijangkakan selesai seawal waktu tengah hari esok. wallahualam....

En. Ganesan, yang dikatakan speaker halal oleh media utama??? boleh juga masuk tapi lebih baik menggunakan tiket sebagai rakyat Perak yang cintakan keamanan untuk memerhati sidang dengan mengikut arahan dun Perak...

beliau sebentar tadi telah membuat pengumuman tentang penambahan bentara dan petugas dalam dewan untuk 'mengawal keselamatan' sidang dun, seperti telah mengetahui persidangan esok akan berlaku kekacauan...tapi tak diketahui samada perintah itu memerlukan perkenan Sultan atau tidak?? DS Nizar tidak membuat tuduhan palsu tentang perkara ini...semuanya telah maklum.

di tambah pula dengan arahan ketua KDN meminta supaya polis berada dalam keadaan berjaga-jaga. tak pasti samada berjaga di luar atau di dalam dewan dengan alasan yang sama, keselamatan dari kekacauan...

berilah kuasa untuk menguruskan sidang kepada orang yang berhak ke atasnya berdasarkan:


“Sebab Perkara 72 dalam perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan apa-apa keputusan oleh mana-mana speaker tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.”


tapi jika sebaliknya berlaku, rakyat Perak pasti akan 'dipaksa' melihat aksi yang rasanya lebih dahsyat berbanding persidangan lepas...tepuk meja tanya hati!!

kerana takut kalau-kalau anak aku terlihat 'aksi ranjang' YB-YB kita ini, lebih baik aku pospon dulu nak setel masalah tv.


wallahualam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)