Cabang

Jumaat, 18 Disember 2009

KSU: Anak Warganegara Sapa La Ni ? salam di Awal Muharam 1431


seperti edaran KSU


bagaimana pula dengan kes ini....


Gunung Rapat, 1 Muharam 1431 : Kerajaan perlu kaji semula sistem pemberian hak kewarganegaraan bagi kahwin campur dengan warganegara luar yang melahirkan anak di negara ini agar tidak timbul masalah kerakyatan kepada mereka kelak. Permohonan Ching Leng Ming 42 untuk mendapat kelulusan kerajaan, sudah 5 tahun menunggu bagi melihat anaknya hidup seperti rakannya yang lain.....

selanjutnya...di (sini )


Kenapa setelah 50 tahun lebih kita 'merdeka' di bumi Malaysia ini, hal-hal yang melibatkan kebajikan dan keselamatan negara masih tidak diurus baik oleh pemerintah. sedangkan rakyat telah memberi sepenuh 'kepercayaan' mentadbir negara kaya ini mengikut acuan pemerintah (mudah-mudahan masih dipelihara Allah ), hak rakyat 5 tahun sekali wajib undi manakala tugas pemerintah membuat acuan tak boleh dipertikai dan rakyat wajib 'bersyukur'...pada sapa?

Walaupun sebenarnya hak rakyat Malaysia mengikut perlembagaan telah lama 'disondol' sedikit demi sedikit, namun hak asas untuk kita hidup aman di tanahair sendiri tidak diberi maka jadilah apa yang telah terjadi. kes jenayah di seluruh negara meningkat dengan mendadak. belum dicampur dengan kes-kes yang tidak didedahkan media utama. orang asing yang entah dari mana datang, nigeria, afrika, kazakhtan, termasuk jiran tetangga kita senang keluar masuk seperti kes altantuya (imigresen tiada rekod)....setel.

Penulis sebenarnya bersetuju untuk mengiktirafkan kepada sesiapa sahaja yang benar-benar berhak, malah bukan setakat di sabah dan sarawak tapi hendaklah diperluaskan ke setiap inci bumi Malaysia ini. jangan dipandang mudah kerana ianya melibatkan keselamatan negara. jangan sampai terjadi peristiwa 'projek ic' di sabah suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan populasi penduduk berubah dengan mendadak, peribumi menjadi minoriti....sampai la sepi!


nota kaki : adakah ini satu lagi projek 1 msia bagi mendapat sokongan untuk terus memerintah? syabas YB Chan Ming Kai, YB yang tu tidur lagi...biarkan.

1 ulasan:

  1. Salam Sahabat,

    YB UMNO sebenar nya bukan tidur, mereka macam lembu di cucuk hidung.
    YB PR dah bangun kan mereka. Baru ini Chang Ling Kang kejutkan lagi Isu tanah di Gopeng tempat teman le,
    kita tunggu apa SPR akan buat terhadap kes melibatkan Ketua Bahagian UMNO Gopeng dah kaya raya raya dan Ahli Dewan Bandaraya Ipoh, dapat datuk lagi baru ini. fo yo

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)