Cabang

Sabtu, 16 Januari 2010

Modus Operandi : Sekadar Ingatan Bersama

Modus Operandi :-

1. Pilihanraya 10 Mei 1969, Parti Perikatan menerima kekalahan teruk. P.Pinang jatuh kepada Parti Gerakan, Kelantan tetap di tangan Pas. Perikatan bergoncang kerana kemenangan DAP, PPP dan Gerakan. Bermakna calon MCA kalah banyak.

2. Kerajaan cukup sedar betapa Parti Komunis bergerak cergas dan cuba mengambil peluang dalam suasana tegang bermula dari 11 Mei sehingga tercetusnya peristiwa 13 May 1969.

3. Tengku Abdul Rahman meletakkan seluruh kesalahan kepada Pas dan pembangkang dengan tuduhan menjadi punca peristiwa berdarah ini berlaku semata-mata kerana ucapan beberapa pemimpin di majlis rapat umum.- Gayung Bersambut Kata Berjawab, Terkilat Ikan Jalapun Tiba.

4. Perikatan sekalipun menang tetapi terasa kalah kerana kesulitan membentuk kerajaan di Selangor dan Perak. Kerana kelemahan sistem pemerintahan dan social ekonomi yang dijunjung tinggi oleh Parti Perikatan untuk terus dipertahankan sebagai sebaik-baik system, akan memberi peluang kepada anasir-anasir luar menjadi ‘batu api’.

5. Pemerintahan berparlimen kembali dijalankan pada 1971 dengan beberapa pindaan Perlembagaan. Sebenarnya penyakit yang dihadapi rakyat berlainan dari apa yang difikirkan oleh pemimpin Umno. Mereka cuba memperbetulkan keadaan cemas itu di tempat yang disangka punca penyakit dan membiarkan penyakit yang sebenarnya subur dan terus dipelihara.

6. Penyakit perkauman, kemiskinan dan rasuah tidak menyedarkan rakyat tapi menghiburkan mereka dengan kata-kata yang enak disamping membiarkan rakyat terus alpa kepada bertambahnya kejatuhan moral dan kejadian jenayah.

7. Tengku Abd Rahman melepaskan jawatan kepada Tun Abd razak, politik negara masih tetap secular, liberal dan pragmatis.

8. ‘Biarlah secara terus terang saya berkata, generasi yang ada sekarang termasuk saya sendiri dan mereka yang berada di universiti adalah berfikir secara perkauman, masih berfahaman perkauman”.- Tun Dr Ismail (Utusan Melayu 17.7.69)

'Aiya, ini orang ka mahu jadi pemangku PM Satu Malaysia"

Nota Ringkas :-

Segala bentuk perancangan telah,sedang dan akan terus dilakukan demi mencapai matlamat politik ala ‘machieveli’. Setelah isu perkauman disambut dingin oleh majority rakyat, sang penguasa cuba mencari helah baru disamping mengerjakan ‘Umrah secara berjemaah’,mudah-mudahan mereka selamat kembali. Samada ‘orang itu’ menyerang kepada mereka yang menyeru kepada Islam ataupun ‘orang itu’ cuba-cuba membawa imej Islam walaupun berlawanan dengan SATU MALAYSIA…..sambungan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)