Cabang

Selasa, 2 Februari 2010

Zambry jadi 'Juara Rakyat' di Parlimen Lumut

Program ‘Juara Rakyat’ pada asal pelancarannya diisytihar sebagai ‘Umno Juara Rakyat’ adalah ‘ilham’ pemimpin nombor 1 Malaysia Dato’ Najib. Mungkin setelah diasak oleh parti-parti komponen Barisan Nasional maka ianya ditukar supaya menampakkan ciri-ciri 1 Malaysia yang diimpikan oleh Dato’ Najib….

Oleh kerana peruntukan yang banyak diperlukan untuk menarik balik sokongan rakyat khususnya di Perak, Umno menggunakan sebaik-baik peluang yang ada dengan menggunakan dana Kerajaan Negeri Perak(dana rakyat Peghok le tu) termasuklah tabung Yayasan Perak untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar cemerlang di sekitar Parlimen Lumut….

Program besar seperti ini akan diteruskan ke setiap Parlimen terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sehingga PRU13 nanti dan akan melebarkannya kepada bantuan untuk ‘orang-orang miskin’ pula.

Penulis tidak mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar hingga ke menara gading tapi hendaklah dilakukan dengan cara yang berhemah dan ‘gentleman’.

Cuba menonjolkan imej Barisan Nasional khususnya Umno walhal ianya adalah program Kerajaan Negeri Perak? Dacing bersepah-sepah.

Antara petikan ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Dewan Majlis Perbandaran Manjung :

1. Beliau berasa bangga kerana berjaya menjejak kaki ke Amerika.
2. Beliau terkejut kerana orang Amerika memuji pelajar-pelajar Malaysia terutamanya anak-anak Perak yang begitu bersungguh-sungguh mencari ilmu.
3. Ketika beliau ke Dubai, beliau ’terkejut’ lagi kerana disapa oleh anak jati Pangkor bernama Mr. Lee yang telah berjaya menjadi kaya raya di Dubai. Beliau adalah salah seorang jurutera yang membina beberapa bangunan pencakar langit di Bandaraya Dubai , 2-3 kali lebih tinggi daripada KLCC.

Seperti diceritakan oleh ibu kepada seorang pelajar cemerlang UPSR 2009 yang menerima wang ’saguhati’ RM 100. Berbaloi setelah menunggu dari pagi sampai ke petang, mudah-mudahan wang itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Undi anda adalah ’rahsia’.

Ada lagi berita disini

nota sisi : sebaik-baiknya Dr. Zambry dapat memanggil balik Mr. Lee ke tanah asal Pulau Pangkor supaya segala kepakarannya dapat digunakan, kalau tak setaraf pun sekurang-kurangnya dapat menyaingi Dubai sebagai antara Pusat Pelancongan terbesar di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)