Cabang

Isnin, 22 Mac 2010

Sibuk 16 Sept Yang Tiada, Tapi Senyap Bila Rejim Tindas Rakyat Perak



Sibuk 16 Sept yang tak jadi,tapi senyap bila rejim tindas rakyat Perak.


Hari ini Dato' Hishamudin kdn bukan main tunjuk 'hero' ugut supaya Dato' Seri Anwar diambil tindakan kerana 'mengguna' nama YDP Agung dan Tentera untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Kerajaan Umno Barisan Nasional.

Itupun setelah sepupunya Dato' Najib mengeluarkan hujah dangkal untuk 'mengiyakan' segala tindakan Kerajaan Umno Barisan Nasional untuk menyekat kemaraan Dato' Seri Anwar dan khususnya Kerajaan Pakatan Rakyat menghampiri Persints Palace Of Justice Putrajaya.

Dengan kesungguhan untuk meminda beberapa akta khususnya yang melibatkan keselamatan negara (keselamatan Umno dan kuncunya le tu) di samping memerlukan majoriti 2/3 sokongan di Parlimen,Umno sanggup berbuat apa sahaja...Buktinya jelas! APCO ONE ISRAEL telah memberi nasihat begitu,agaknya.

Sepatutnya tangkaplah Dato' Zahrain Gurkha yang secara terang menipu bahawa Tg Razaleigh telah dibida untuk 'Projek 16 sept'.Saksi utama telah ada kriteria pembohong.Tambahan pula,ucapan di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dibuat laporan polis untuk dibawa ke mahkamah.So, Dato' Zahrain kena ulangi 'teks ucapan Rosmah'(1juta sehelai) yang dibacanya di luar dewan.Teloq rebus tak masak-masak.

Bagaimana boleh senyap dalam peristiwa rampasan kuasa di Perak?

Ketika rakyat sedang menikmati 'hikmah' perubahan yang telah dibuat mereka bagi membenamkan Kerajaan Umno Barisan Nasional di Perak,tidak sampai setahun mereka terpaksa berputih mata dengan mainan politik kotor sejijik-jijiknya.Faktanya,Umno dan kuncu-kuncu telah melanggar segala sistem yang telah mereka sendiri persetujui sehingga melibatkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak,Institusi DiRaja,Badan Kehakiman,Polis dan pihak keselamatan,Kakitangan awam dan secara tak langsung telah menzalimi rakyat negeri Perak.Solidariti telah diperkosa.

Ditambah dengan kehancuran Persidangan Dun dimana Tuan Speaker yang mempunyai kuasa 'solid' telah direntap dari kerusinya.Telah dikurung dalam setor apabila dibantu oleh polis.Ditabal secara terus dengan Speaker yang baru tanpa perkenan Sultan.

Atas nasihat APCO ONE ISRAEL....

Umno Barisan Nasional tidak akan memberi laluan mudah untuk kuasa di tangannya hilang sekelip mata,tanpa ada pengorbanan daripada rakyat yang cintakan tanahair Malaysia ini.

Nota pepatah: Bukan setakat gajah,tapi kumannya pun memang tiada...itulah bila pemimpin dah mabuk kuasa dan mabuk 'brandy' diangkat ke Putrajaya.16 jahanam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)