Cabang

Khamis, 18 Mac 2010

Zahrain Repot Juga Diliwat?...all about the money!money!money!



“Cerita Sensasi Di Kedai Kopi,Tiada Hakim Tiada Saksi”.


Kuala Lumpur 17Mac2010 : Rakyat Malaysia masih dalam keadaan waras dan cukup-cukup sabar dalam mengharungi kehidupan mereka setiap waktu. Mengikut statistik kes rogol sahaja bernisbah 9 orang mangsa setiap hari. Ianya melibatkan semua peringkat umur samada anak yang masih menyusu sehingga ke peringkat yang sudah bercicit. Ironinya statistik bukan ukuran tepat tapi jika ditambah kepada kes-kes yang tidak dilaporkan, kedapatan amat memeranjatkan.

Mungkin kerana malu atau kerana sebab lain,namun yang terjadi telah terjadi. Tidak mustahil ianya akan bertambah parah sekiranya dilihat keadaan persekitaran serba 'kemodenan' seperti diimpikan.Mangsa mungkin di kalangan ahli keluarga kita. Malangnya tahap keperihatinan rakyat Malaysia sungguh mendukahibakan,sehinggalah kes rogol ini menimpa orang tersayang.

Dalam keadaan pihak keselamatan yang terpalit dengan berbagai-bagai salah laku yang mengaibkan, dan dalam masa yang sama ingin mengawal keselamatan rakyat yang sudah menjangkau 30 juta orang.Ibarat penyamun ingin mengejar perompak,yang akan tertembak rakyatlah.

“Pondan tak akan buat laporan polis sekiranya pelanggan lari dari bayar upah perkhidmatan,tobat lahum malu wo...tapi depa kata tak halal dunia akhirat,wah”.lainlah saiful al-bukhari kerana mempertahankan keumnoannya”.

Percaturan politik tanahair semakin hangat memandangkan di dalam Dewan Rakyat, terbahagi kepada tiga kelompok 'whip',terbaru dari Bebas yang di ketuai Dato' Ibrahim Ali ppt.amp.ktaki. Masing-masing berhujah untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,tapi balik dengan cerita kedai kopinya.Naik mahkamah tak laku.

Segala isu yang membebani rakyat hanya di 'hilite' untuk menagih simpati dan mengaburi mata mereka. Seorang demi seorang pemimpin datang menghulur tangan membantu.Hulur seringgit sapu seribu,itupun bertuah kalau dapat.

Rakyat dipermainkan dengan hidangan berita dan cerita-cerita hantu saban hari.Hiburan yang berbagai-bagai.Boleh dikatakan tiada slot yang dapat memangkin modal insan,hanya buat jangan tidak.

“Pernah terfikir agen-agen jualan langsung@gores menang yang dipelopori orang-orang Cina (suku-sakat gangster)datang ke ceruk kampung untuk menipu orang melayu,”makcik memang ong lo, lain orang dapat kecik tapi makcik dapat kereta busat”.Tak selesai-selesai sampai la ni.Pasal umno lah kepala yang makan komisyen,janji duit masuk lantaklah melayu kena tipu.”Dulu cina,kini tarak tipu bukan umno lo”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)