Cabang

Ahad, 25 April 2010

Referendum Najib Membuahkan Hasil Luarbiasa?


Felda Sg Tengin 25.04.10 : Semalam Dato' Najib telah memberi isyarat awal kepada pengundi di Parlimen Hulu khususnya mengenai segala keputusan pilihanraya kecil ini akan membuktikan sejauh mana keberkesanan projek 1 Malaysia. Dato' Najib telah membuat membuat referendum untuk menilai dirinya sendiri.

Suatu ketika beliau sendiri merumuskan semua pilihanraya kecil yang berlaku tidak memberi kesan kepada peringkat nasional, itupun setelah semua pilihanraya kecil di era projek 1 Malaysia tidak memihak kepada Barisan Nasional (Apco).

Segala kemungkinan sekiranya Umno kalah bermakna referendum ini akan memakan dirinya sendiri.
Ia juga memberi isyarat rakyat Malaysia menolak idea canggih penasihat Dato' Najib(Apco) secara total.

Ternyata Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah memainkan peranan yang baik dalam memenuhi impian besar Dato' Najib dengan melakukan 'magic' di awal penamaan calon sehinggalah keputusan muktamad diumumkan.

Dato' Najib dan Samy Velu boleh berpesta, penduduk Hulu Selangor boleh terus menagih janji suci murni.....






Lawan Terus Lawan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)