Cabang

Rabu, 14 April 2010

Tiada Miskin Tegar - Zambrey



SHAH ALAM - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan terikut-ikut dengan permainan politik yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat terutama ketika berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, isu kemiskinan menjadi fokus utama beliau sejak diamanahkan menjadi Menteri Besar berbanding melayan kerenah pembangkang yang dilihat tidak mencerminkan sikap wakil rakyat.

Menurutnya, misi beliau adalah menjadikan Perak tidak lagi mempunyai keluarga miskin tegar di masa akan datang.

“Saya tidak boleh menerima hakikat bahawa di Perak ini masih lagi ada orang yang tinggal di rumah yang reput kerana saya sendiri datang daripada keluarga yang susah.

“Takkan saya lupa dari mana asal saya. Itulah sebabnya apabila saya menjadi Menteri Besar, menghapuskan kemisikinan menjadi keutamaan perjuangan saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Karangkraf, semalam.

Menurutnya, bagi memudahkan rakyat meluahkan masalah mereka, pejabatnya dibuka luas setiap Selasa.

Zambry berkata, rakyat juga boleh memberitahu masalah kepada beliau dalam setiap lawatan turun padang yang dilakukannya.

“Itulah sebab saya adakan mesyuarat Exco di setiap daerah di Perak, saya tidak pasti sekiranya ada Menteri Besar lain yang melakukan perkara yang sama,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana reaksi beliau dalam berhadapan dengan kerenah ahli politik yang kurang etika sebagai wakil rakyat, Zambry berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan masalah tersebut.

“Saya memutuskan untuk tidak terikut-ikut dengan rentak mereka jadi saya sentiasa senyum kepada mereka. Sebenarnya senyuman ini lebih perit kepada mereka sehingga ada yang mahu saya menghentikannya.

“Apa yang perlu ialah banyak bersabar untuk berhadapan dengan kerenah sebegini.

"Tetapi kesabaran pun ada batasnya, itu biasalah dalam suasana politik," katanya.

sumber : sinarharian


nota kaki : Rumah penduduk Pulau Pangkor pun ada yang macam nak roboh,tapi untunglah MB Zambrey rumah di Venice dihadiahkan oleh DKLS (gambar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)