Cabang

Sabtu, 15 Mei 2010

Bank Tempatan Mula Umum Kenaikan Kadar Faedah...ekonomi sudah pulih?

BEBERAPA kumpulan perbankan tempatan semalam mengumumkan menaikkan kadar faedah masing-masing susulan langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus.

Kumpulan perbankan itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Group, RHB Banking Group dan Bank Islam Malaysia Bhd. Maybank dalam kenyataannya semalam berkata, ia akan menaikkan kadar faedah deposit serta pinjamannya sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa

Selasa minggu depan, dengan Kadar Pinjaman Asas (BLR) bagi pinjaman konvensional dinaikkan daripada 5.80 peratus kepada 6.05 peratus, manakala Kadar Pembiayaan Asas (BFR) bagi Maybank Islamic Bhd dinaikkan kepada 6.05 peratus.

CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank juga mengumumkan menaikkan BLR dan BFR masing-masing daripada 5.80 peratus kepada 6.05 peratus berkuat kuasa pada tarikh yang sama minggu depan.

Kumpulan perbankan tempatan kedua terbesar selepas Maybank itu turut mengumumkan menaikkan kadar faedah simpanan dan simpanan tetapnya sebanyak 0.25 peratus.

RHB Banking Group turut mengumumkan menaikkan BLR RHB Bank Bhd dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) RHB Islamic Bank (BFR), daripada 5.80 peratus kepada 6.05 peratus setahun, tetapi berkuat kuasa Rabu minggu depan.

Ia juga mengumumkan kadar faedah deposit tetap barunya, iaitu 2.5 peratus untuk tempoh deposit sebulan hingga lima bulan; 2.70 peratus (enam hingga 11 bulan), tiga peratus (12 bulan); dan 3.10 peratus (13 hingga 35 bulan.)

Sementara itu, Bank Islam Malaysia Bhd menaikkan BFR daripada 5.80 peratus kepada 6.05 peratus berkuat kuasa Isnin.

Kelmarin, bank pusat mengumumkan menaikkan OPR, iaitu penanda aras bagi penetapan BLR dan BFR oleh bank tempatan sebanyak 0.25 peratus sejajar langkahnya mengembalikan keadaan monetari negara kepada kedudukan lebih wajar.

Ia adalah kenaikan kali kedua diumumkan bank pusat itu selepas menaikkannya juga sebanyak 0.25 peratus pada Mac lalu.

Lagi>> Bank kutip hutang macam ALONG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)