Cabang

Khamis, 20 Mei 2010

Gadis Bertudung Sanggul...



Rasulullah s.a.w bersabda :

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- Hadith riwayat Ahmad

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”– Hadith riwayat Muslim.

DENGAN KATA LAIN BILA PAKAI TUDUNG JANGAN TONJOLKAN SANGGUL TINGGI SANGAT. HUKUMNYA HARAM (DILAKNAT ALLAH). MINTA2 DIJAUHKAN. BERSEDERHANALAH BILA BERTUDUNG. PAKAI TUDUNG NI PUN KERANA TUNTUTAN AGAMA BUKANNYA NAK MENUNJUK-NUNJUK.

SENTIASALAH BERTUDUNG DI MANA ANDA BERADA TAK KIRA MASA, KEADAAN SEPERTI KETIKA TERLANTAR DI ATAS KATIL HOSPITAL WAKTU LEPAS BERSALIN, DI LUAR KAWASAN RUMAH KETIKA AMPAI KAIN, SAPU LAMAN RUMAH DI MANA SAJA KERANA AURAT ITU BOLEH DILIHAT MANA-MANA WALAU DI DALAM RUMAH SEKALI APABILA SAUDARA-MARA LELAKI BERTANDANG MAHUPUN SEPUPU2 LELAKI WAJIB BERTUDUNG KETIKA ITU. APA YANG MENJADI MASALAHNYA.

ADA ORANG KATA PANASLAH, RIMASLAH, SAKIT KEPALALAH, GATAL KEPALALAH DAN MACAM2 LAGI ALASAN YANG DIBERI UNTUK MELEPASKAN DIRI DARI BERTUDUNG TAPI PERLU DIINGATKAN BAHAWA PERKARA2 ITU SEMUANYA SEMENTARA DAN DUGAAN YANG SERINGAN ITU PUN TAK BOLEH DILALUI APA LAGI DUGAAN DI AKHIRAT NANTI TERPAKSA MENGHADAPI SIKSAAN YANG LEBIH BERAT LAGI DARI ALLAH .
nota kaki : kalau mengikut imej di atas, nak kata bertudung pun tidak...main serkup jer. sanggul pun tak nampak. kalau rujuk kitab kuning, bau syurga pun tak dapat tapi kalau pakai kitab hadhari tak tau le plak...harussss agaknya. wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)