Madrid,23.05.10 : Inter Milan mengakhiri penantian selama 45 tahun dalam kejohanan bolasepak Eropah setelah menjuarai Cempiang Leg 2010 membenam Bayern Munich 2-0 di Stadium Madrid hari ini. Diego Milito menjadi penyambung inspirasi jurulatih Jose Morinho dengan menjaringkan kedua-dua gol menarik pada minit ke-35 dan ke-70.
Permainan banyak didominasi oleh pemain-pemain Inter Milan di segenap penjuru padang sambil mereka bermain pantas dan keras. Percaturan Jose Morinho dengan membiarkan Samuel Eto’o bermain secara ‘defensive’ sambil mengumpan bola di kaki Milito membuah hasil kecemerlangan beliau menaikan nama FC Porto dan Chelsea gah di pentas bolasepak antarabangsa.
Bayern banyak menaruh harapan kepada kelincahan pemain Belanda Arjorn Roben selepas Frank Riberry terpaksa berehat kerana kecederaan. Larian solo beliau telah dapat dibaca oleh pertahanan Inter Milan walaupun sesekali Berjaya mengucar-kacirkan pasukan lawan dengan cubaan-cubaan merbahaya.
Syabas Inter Milan…see ya on the next cempiang leg season!!!
Nota kaki : referee yang adil, penjaga garisan yang waras, permainan di padang yang sama level, menang atau kalah kami penyokong dan penonton puas hati,tak perlu demo-demo..haram berjudi bola 2010
Sumber : kedai mamak Briyani
Nota kaki : referee yang adil, penjaga garisan yang waras, permainan di padang yang sama level, menang atau kalah kami penyokong dan penonton puas hati,tak perlu demo-demo..haram berjudi bola 2010
Sumber : kedai mamak Briyani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan