Cabang

Isnin, 17 Mei 2010

Isyarat Bukan Melayu/Islam tolak pemimpin kaki judi dan arak..


Sibu,17.05.10 : Setelah berhempas pulas SPR ingin memenangkan SUPP yang mewakili UMNO Barisan Nasional di Parlimen Sibu. Akhirnya tepaksa mengalah dengan asakan rakyat di Sibu khususnya untuk menghancurkan propaganda murahan konsep ONE M’SIA.

Pada mulanya gelombang penolakan ini dapar diterjemahkan lebih awal di peti undi Hulu Selangor, namun kesabaran bagi rakyat yang terus istiqomah dalam melawan kejahatan UMNO Barisan Nasional akhirnya berjaya di pentas Sibu.

Jelas dan tanpa berselindung rakyat terutamanya kaum cina di Sibu menolak UMNO Barisan Nasional kerana mereka tidak mengendahkan larangan Allah tentang mudaratnya arak dan judi kepada manusia.

Walaupun masih ramai masyarakat melayu dan islam yang berlindung di bawah payung UMNO tiada rasa sensitivity dengan isu judi dan arak ini, sekurang-kurangnya mereka dapat belajar daripada petunjuk yang diberikan penduduk Sibu.

Judi akan menghancurkan terus cita-cita rakyat untuk melihat nama Malaysia ada di carta Piala Dunia. Solidariti untuk DAP dalam usaha menentang ARAK DAN JUDI…Tahniah Pakatan Rakyat!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)