SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) akan mengadakan perbicaraan umum berhubung dakwaan korupsi dalam syarikat milik penuh kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir di negeri itu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker DUN, Teng Chang Khims hari ini, keputusan untuk mengadakan perbicaraan terbuka itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas hari ini.
Teng merupakan pengerusi Selcat yang turut dianggotai oleh empat wakil dari Pakatan Rakyat dan dua wakil Barisan Nasional.
Kenyataan itu juga menyebut, perbicaraan terbuka itu akan diadakan selama tiga hari bermula 2, 3 dan 4 Julai dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari di bangunan tambahan Sekretariat Negeri.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendesak pihak polis agar segera bertindak menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.
Katanya, ugutan seperti itu tidak akan melemahkan semangat Kerajaan Negeri untuk memerangi korupsi habis-habisan.
"Usaha Kerajaan Selangor tidak sama sekali akan terjejas dengan ugutan dan percubaan menakut-nakutkan wakil rakyat sepertimana yang berlaku ini dan kita berharap siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa akan dapat membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya ke muka pengadilan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada apa yang berlaku semalam yang menyaksikan rumah Manikavasagam di Meru disimbah dengan cat merah dan terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan rumahnya yang berbunyi; “Jangan campur isu pasir. U mati.”
Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah memberi jaminan kepadanya yang pihak polis akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan siasatannya nanti.
Manikavasagam sebelum itu telah membuat beberapa laporan polis berhubung ugutan membunuh yang dilakukan ke atasnya selepas beliau mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang melibatkan anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd berhubung aktiviti perlombongan pasir.
Sementara itu di KLANG, Manikavasagam ketika ditemui berkata ugutan yang diterimanya itu tidak akan menjejaskan usahanya untuk terus bercakap mengenai isu tersebut.
Katanya perjuangan PKR ialah untuk menentang semua bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan korupsi di semua peringkat.
Dan tegasnya lagi, walaupun pendedahan yang dibuatnya itu melibatkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, ia tidak bermakna yang beliau bercadang meninggalkan parti itu tidak lama lagi.
Katanya, semua cakap-cakap itu adalah karut semata-mata.
selanjutnya di mStar Online
nota kaki : Entah siapa sebenarnya nak kena tokak dek 'kucing' tuh?derita sorang-sorang tak pe lagi.Inikan nak umum satu Malaya,tak tau le anak toyo woi!!!memang sah makan pasir le.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan