Sibu : Hari Penamaan Calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Sibu berjalan lancar dengan beberapa sandiwara yang dimainkan Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas tamat tempoh penyerahan borang pencalonan, 3 calon diisytiharkan layak bertanding oleh SPR.
Calon DAP Richard Wong Ho Leng, Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon bebas oleh Narawi Haron masing-masing yang akan menjadi pilihan pengundi di Sibu.
Seperti biasa selepas penamaan calon, wakil SPR samada dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Setiausahanya akan memberi komen dan amaran tertentu mengenai proses hari berkempen sehinggalah di hari pengundian.
Di Parlimen Sibu ini, SPR lebih memfokuskan kepada ‘teknik kibaran bendera’. Bendera yang mewakili parti yang bertanding sahaja dibenarkan di tempat-tempat awam.
Ini adalah kerana terdapat banyak kibaran bendera Pas dan Pkr turut sama mengiringi calon Dap ke pusat penamaan calon yang mengakibatkan pemimpin-pemimpin Umno terasa kurang senang kerana tiadanya bendera Umno disisi ketika mengiringi calon BN.
Bendera Pas dan Pkr berhak untuk dikibarkan di bumi Sarawak ini kerana mereka sebuah parti yang berdaftar dan telah bekerjasama dengan Dap. Pas dan Pkr juga mempunyai cawangan serta cabang masing-masing di Sarawak untuk menggerakkan jentera parti mereka bagi mendampingi rakyat Sarawak. Mereka ada ‘keabsahannya’.
Lainlah Umno…
Umno tak mampu berhadapan dengan pengundi di Sibu untuk menjelaskan projek ‘Umno Juara Rakyat’ dan agenda ‘One Msia’ tajaan Dato’ Najib. Umno tidak memiliki walau seorang ahli di setiap inci bumi Sarawak, apatah lagi cawangan mahupun satu Bahagian yang berdaftar di atas nama Umno.
Rakyat Sarawak tak akan terima Umno sebagai komponen BN di Sarawak…
Bagaimana pemimpin-pemimpin Umno yang dating sebagai orang asing di bumi Sarawak ingin berkempen dan mendapat kepercayaan rakyat untuk membangunkan Sarawak sedangkan sebuah cawangan Umno pun tak dapat mereka bangunkan.
Tiada lain hanyalah manipulasi media-media tunggangan BN yang akan terus mendapat habuan besar memperbodohkan rakyat Sarawak tentang konsep ‘One Msia’ dijaja siang dan malam. Telah lama rakyat Sarawak ‘dibakunkan’ melainkan mereka berubah untuk mengundi calon DAP Richard Wong Ho Leng yang bermula di Parlimen Sibu ini.
Nota kaki : Selagi BERSIH dan rakyat Malaysia terus sepi untuk turun ke jalanan bagi melawan kejahatan SPR menguruskan pilihanraya, selagi itulah rakyat akan terus di hina dengan bantuan penasihat-penasihat asing yang kita ketahui dan tidak diketahui. Oleh kerana belas kasihan, aku tolong kibarkan bendera Umno di arkib ini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan