Cabang

Selasa, 4 Mei 2010

Zahid Hamidi Perjelas Jumpa Ehud Barak?



Beliau berkata, ketika majlis resepsi di hadapan perkarangan Kementerian Pertahanan Perancis, beliau telah dimaklumkan bahawa Ehud Barak ingin bertemunya dan kemudian mengambil pendirian dengan menetapkan syarat kepada Ehud Barak jika ingin berjumpa dengannya.

“Saya tidak naik ke atas, jika dia (Ehud Barak) mahu jumpa dengan saya sila turun ke bawah dan saya tidak mahu pengawal turut ikut dan mengiringi Ehud Barak turun ke bawah serta saya tidak mahu ada kamera dan wartawan yang mengikut beliau serta tempoh pertemuaan adalah 20 minit,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, ketika pertemuan itu berlangsung, beliau telah membidas Ehud Barak yang merupakan orang Yahudi berketurunan Mahgribi yang mengatakan kepadanya dalam bahasa Arab: ”Wahai saudara, kita adalah the son of Adam”.

“Saya terus beritahu dia, 'Yes, we are the son of Adam tetapi you buat double standard, tangan kanan you menghulurkan untuk pendamaian, tetapi tangan kiri yang membunuh the brothers and sisters di Palestin'.

“Kedua saya katakan: "Kalau you mahu jumpa saya untuk menghulurkan salam, saya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, orang Islam dan negara-negara Islam tidak mengiktiraf Israel'.

"Ketiga, saya beritahu dengan beliau bagaimana tentera perisikan Mossad telah banyak melakukan pencerobohan terhadap negara Islam dan melakukan perisikan yang akhirnya merosakkan negara-negara Islam. Ini negara Islam tidak boleh terima,” katanya.

"Keempat yang saya sebutkan dengan Ehud Barak semasa beliau menjadi Perdana Menteri iaitu peristiwa Shatila, peristiwa pembunuhan di tempat lain telah dilakukan oleh beliau dan kini beliau berjumpa kononnya mahu berdamai," katanya.

Ahmad Zahid berkata, sebagai kesimpulan Ehud Barak telah bersikap berat sebalah dan orang Islam tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

“Walaupun kita adalah anak keturunan Adam, pendirian Ehud Barak tidak boleh diterima oleh mana-mana individu, organisasi dan masyarakat dunia yang melihat kezaliman yang dilakukan Israel terutamanya dalam keadaan sekarang apabila Baitulmuqaddis mahu diranapkan dan mahu dirampas oleh Israel.

“Saya nyatakan pendirian Malaysia bahawa komitmen kerajaan Malaysia berhubung dengan negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel,” katanya. - Bernama

nota kaki : Bagilah alasan sampai teloq ehud barak pun hang dah picit, Apco Worldwide dan Asiasoft bertapak dalam kepala otak Umno dan Polis nak labun kut mana plak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)