Cabang

Sabtu, 3 Julai 2010

Aduhai...

Semalam ada apek mari ke opis untuk berurusan dengan ‘kliq’ kat meja sebelah dan aku pun saja ‘ngombok’ .”Tauke, ni malam mau sokong mana punya ‘team’…manyak syok lo ini ‘game’?

“Tamau cakap-cakap bola lah”. jawab Apek tu selamba.

Aku pun terkedu jap. Dalam hati, sah Apek ni dah kalah banyak. Kalau tak Italy gerenti Perancis pasai awal lagi dah ‘tido’…..herh.

Aku pun sambung buat kerja, dan Apek tu terus selesaikan ‘dokumentasi’ dengan pegawai tentang projek udang putih beliau…pakai selebet tapi bisnes juta woo.

Sambil tu aku gatai juga mulut bertanya kut-kut Apek tu tak mau jawab pasai dia punya ‘game’ malam ni(Argentina vs Germany)…dia sebek mulut kat aku. Cukuplah, tak paham base betui aku.

Sejam kemudian…

“Mr Tan, ada sihat ka mau tengok Brazil main ini malam?.tanya Hj Zul bekas penjaga gol terbaik era 80-an.

“Aiya, lagi tanya pasai wolkap ka?jawab Apek sambil langkah nak balik.

“Saya sudah lama tarak tengok bola lo, sekarang mau tau menang atau kalah saja”.”Pasai banyak ‘game’ bookie sudah bayar…US50 million wo”. merungut Apek tu.

“Satu dunia punya ‘collection’ lu tau berapa?”..sambil ‘jegey’ kat aku. “billion plus billion plus billion la”. Apek tu kompom.

“Saya punya anak sudah lama jadi ejen ‘bookie’ itu Ipoh punya taiko bikin bisnes buat keranda”. “sapa-sapa kalah dia sudah siap keranda mau tanam haha”. Apek tu melawak.

“Saya anak cakap, itu Portugal sama Korea dia sudah bagi 6 biji gol lo”. “Lu tamau angkat lagi ka, Brazil pun hantam 2 gol saja. “orang baca, takkan portugal boleh dapat lebih.”Belakang ramai sudah makan itu gol, Korea kena 7 biji lo”. Terang apek lagi.

“Dunia sekarang, menteri sama mafia sama itu Fifa punya orang sudah satu meja duduk lo”.”tarak ikut kalu kena tembak macam dulu Colombia punya defender”.”Dia silap saja,sudah sko sendiri”.”itu planning sudah silap, belakang mati la”.

Aku dengar,paham sikit-sikit…percaya ada, tak percaya pun ada. Percaya pasai memang bookie kat Malaysia pun belambak, tak percaya pasai aku dah kena ‘demam bola’ dan nak tengok juga game Brazil vs Belanda malam tadi.

Pendek cerita…

1. Brazil main cantik 1st half, tapi macam hampeh pada 2nd half….

2. Kaka,malcon dan fabiano yang kaki otek-otek sampai depan gol, tiba-tiba hanya try jarak jauh jer…

3. Yang boleh try dari jauh, gatai bawak sampai ujung padang…las-las lebuh

4. Referee plak ala-ala Suruhanjaya Pilihanraya .

Ada jugak betui kata Mr Tan Kee Chong semalam, rasa aku bukan anak entah-entah dia yang ‘Bookie’ tu. Memandangkan dah jauh aku melayan bola (bukan judi bola), walau dah pudar semangatnya pasai italy pun dah ‘ghuyub’, badi bola punya pasai malam ni melangut lagi depan tv le gamaknya…tak banyak pun, 1% saham aku dah ada, jenuh jugak nak lawan Apco nih, ya ampun. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)