Cabang

Khamis, 1 Julai 2010

Hanya Umno...



Putrajaya,01.07.10 : Saingan Piala Dunia semakin menuju kemuncaknya, yang akan mengangkat martabat sukan bolasepak negara yang berjaya membawa pulang piala paling berprestij ini. Pertembungan beberapa Negara pilihan semakin sengit dan mencetuskan berbagai ‘kontraversi’ dengan perbezaan gol yang tipis.

Sebagaimana tersingkirnya pasukan gah Perancis dan juara bertahan Italy di pusingan awal, begitu jugalah penampilan ‘dramatik’ Negara kerdil Ghana yang satu-satunya mewakili benua Afrika layak ke suku akhir. Wakil Asia, Jepun yang berhempas pulas sebelum kecundang di tangan Paraguay melalui sepakan penalty.

Menang dan kalah di padang ‘sama-rata’ adalah lumrah setiap pertandingan, walaupun sesekali sang pengadil membuat keputusan yang ‘menyesakkan’ jantung peminat di seluruh dunia. Jaringan penyamaan England yang tidak dikira walaupun kedudukan bola telah melepasi garisan gol telah menyentap semangat pemain sehingga terus dibelasah Germany dengan ‘defisit’ gol terbanyak sepanjang mereka bermain di Piala Dunia.

Di masa yang sama, pertembungan politik tanahair sebenarnya juga sedang membuak-buak. Kerana keasyikan melayani Piala Dunia sampai subuh hari, menyebabkan kebanyakan rakyat memandang sepi urusan pentadbiran Negara. Apatah lagi merasa ‘kesengsaraan’ saudara-saudara kita siang dan malam bertarung nyawa di bumi Palestina.

Kehidupan rakyat marhaen yang terpaksa rela mengikut acuan dan gerak-tari pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional semakin membimbangkan. Di era pemerintahan Dato’ Najib bersama kuncu-kuncunya telah menampakkan wajah sebenar pemimpin yang rakus serta tamak haloba. Pemimpin sering menyanyikan slogan-slogan indah di pentas-pentas rakyat,namun dalam masa sama racun disembur dari tangan kirinya.

Kejahatan dan kesesatan meninggalkan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan.

Pertembungan kononnya antara YB Azmin Ali dan TSri Khalid Ibrahim akan menyebabkan rakyat negeri Selangor khususnya tidak terbela. Sepertimana resmi corak pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai Umno & Barisan Nasional, Menteri Besar adalah juga pengerusi Umno & Barisan Nasional.

Dulu gegak gempita mengeluarkan fatwa politik dan islam sama sekali tidak boleh seiring. Sebab mudah mereka, agama adalah suci dan politik adalah kotor. Sekarang mereka mengeluarkan fatwa baru tafsiran Umno pentadbiran dan politik pula tidak boleh dipisahkan. Islam masih di pinggirkan.

Senang cerita, pemimpin-pemimpin rasuah One Msia sejak turun temurun hendak menipu rakyat. Dengan kuasa yang kononnya akan terus di dalam genggaman Umno Barisan Nasional,pemimpin mereka terus mengaut keuntungan hasil bumi bertuah ini dengan menggunakan semaksima elemen yang mempunyai pengaruh politik. Sampai Kiamat.

Tindakan Pakatan Rakyat dalam merungkai permasalahan yang telah lama membelenggu rakyat Malaysia Berjaya membuka mata ramai pihak dengan tidak memonopoli (dictator le tu) seluruh urusan kenegaraan di bawah cengkaman politik kepartian. Malah, dengan melantik YB Azmin Ali akan meringankan beban Menteri Besar dalam mengurus keperluan rakyat termasuklah anak-anak di kalangan ahli-ahli Umno & Barisan Nasional.

Ditambah dengan kebebalan yang memuncak, dengki serta khianat telah tersemat di dalam hati pemimpin telah menyebabkan rakyat tidak menikmati idea-idea baru yang lebih efektif semata-mata beranggapan HANYA UMNO YANG LAYAK MEMERINTAH SAMPAI HARI KIAMAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)