Cabang

Rabu, 21 Julai 2010

Lebih Baik Ajak Rakyat Berpadu Tumbangkan Umno-Apco…


FirmanNya yang bermaksud, “Berpegang-teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah.” – Ali Imran : 103


FirmanNya lagi yang bermaksud, “Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh2an, lalu Allah persatukan antara hati2 kamu (dalam agama Allah).” – Ali Imram : 103



Sibuk siang malam wartawan tv dan suratkhabar memerah keringat mengolah berita sensasi berkaitan isu perpaduan Umno-Pas. Telah berkali-kali pemimpin-pemimpin utama Pas menolak untuk berbincang isu perpaduan yang dicipta Umno, malah Tok Guru Nik Aziz menutup terus pintu rundingan dalam segala perkara melainkan Umno menukar dasarnya untuk memartabatkan Islam,bukan hanya Melayu.



Penulis yakin isu perpaduan yang dicipta Umno bukannya untuk mencari jalan penyelesaian orang-orang melayu kononnya telah berpecah belah. Tapi sebenarnya mereka cuba mengalih perhatian rakyat tentang isu-isu yang lebih besar seperti kenaikan harga barang, kes-kes jenayah seluruh Negara, masalah social muda-mudi dan berbagai-bagai lagi masalah kronik yang tidak dapat diatasi oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional.



Bukanlah perkara utama perbezaan fahaman politik yang menyebabkan sesuatu kaum atau agama boleh bermusuhan kerana fitrah akal ciptaan Allah mempunyai berbagai-bagai jenis rupa dan tahap pemikirannya. Melainkan manusia itu sendiri yang tidak memelihara hati yang telah dijangkiti dendam kesumat, bukan hanya soal politik kepartian semata. Contohnya, jiran yang berniaga bersebelahan.



Berbalik soal perpaduan seperti yang dicanangkan Umno mutakhir ini seakan-akan tidak ada senjata lain (talian hayat) yang dapat mereka gunakan, melainkan suka membuat kacau kerana hati yang tidak senang melihat perpaduan yang telah terjalin antara parti gabungan Pakatan Rakyat serta didokong oleh berbagai NGO yang prihatin terhadap nasib rakyat yang terbiar di bawah Umno dan Barisan Nasional.



Tambahan pula, telah terbukti berbagai rundingan yang termeterai di antara Kerajaan Umno Barisan Nasional dengan rakyat mengenai isu royalty minyak, kuota bumiputera, hak keistimewaan Melayu, hak mendapat pendidikan seluruh rakyat, berbagai jenis cukai, tol, subsidi dan sebagainya telah dikhianati akhirnya. Sedangkan mereka telah mendapat berbagai-bagai habuan dari keringat rakyat, namun memang tidak pernah cukup dan bersyukur dengan kekayaan yang mereka kecapi.



Apalah yang nak diharapkan perpaduan antara Umno-Pas?



Cuma yang ada peringatan Allah sejak dulu, kini dan selamanya hanyalah bersatu dan berpadu dengan Agama Allah yakni Islam…bukan atas nama Melayu.



Nota kaki : Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih teringin juga berbicara soal perpaduan eloklah mereka bertemu dengan pengantara-pengantara ini dahulu sebelum mereka bercita-cita untuk bersemuka dengan pemimpin-peminpin besar yang lain kerana di dalam Umno sendiri tidak sunyi dari perbalahan merebut jawatan di peringkat bahagian. Retak menuju kehancuran. Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)