Cabang

Isnin, 5 Julai 2010

Masjid Aman Makmur....


PETALING JAYA, 4 Julai: Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah, kata ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah.

“Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Katanya, dalam konteks beriman kepada Allah, AJK masjid hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya.

Selain itu, jelasnya, setiap AJK masjid juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam.

baca lagi di sini

nota kariah : dah pencen nanti 2 ekor mamat ni memang tak layak...kaki belit n putar alam

2 ulasan:

  1. Hoi Surau Kg.Binjai nak kena ROBOH DpENANG KAU TAK BISING KE?

    BalasPadam
  2. salam joe..

    surau kg. binjai di Penang?

    yg aku tau rumah penduduk dan masjid kg binjai di Terengganu yg rejim Umno hancurkan...kalau salah betulkan!

    masalahnya skrg masjid juta-juta tapi sepi dgn aktiviti dan sambutan kariah setempat.

    **tu pasai nabi pun arah robohkan 'masjid dhirar'.

    ***kalau ada surau kg binjai di penang hendak dirobohkan(belum lagi)ni mungkin masalah lama yang ditinggalkan Umno sewaktu berkuasa..95% hak orang melayu Gerakan/Mca/Umno telah korbankan,halal je lah yg 5% untuk Dap kerjakan(betui ke).Silap-silap roboh untuk dibesarkan sekurang-kurang dapatlah sikit projek kontraktor-kontraktor Umno.

    ***terima kasih joe.wallahua'lam.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)