Cabang

Khamis, 15 Julai 2010

Pekehey Plak Sumo Nih....



Nagoya 15 Julai 2010 : Dalam duk kecoh-kecoh pasal bookie dah banyak mempengaruhi perlawanan Bolasepak Piala Dunia bebaru ni, Sumo yang merupakan sukan tradisi orang Jepun pun dilanda berbagai kontraversi. Terpalit dengan macam-macam skandal jenayah terancang yang membabitkan orang kuat Persatuan Sumo Jepun (JSA) sendiri.

Daripada kalangan ahli Sumo ternama sehinggalah kepada pendandan-pendandan rambut professional (sanggul gedabak ahli Sumo) banyak yang terlibat dengan skandal dadah, ejen perjudian baseball dan juga sering berurusan dengan mafia Yakuza.

Banyak kejohanan Sumo di seluruh Jepun terpaksa ditangguh dan ada yang terus dibatalkan kerana mendapat kecaman hebat daripada peminat-peminat sukan tradisi ini.

Telah diolah bahasa.

Nak lagi tepat cuba selak di sini, sana dan sinun.

Nota kaki : Sama-sama lah kita pelihara sukan tradisi kita seperti permainan congkak(bukan filem congkak) agar tidak dicemari dengan unsur-unsur jenayah rasuah dan pertaruhan. Takut nanti bukan setakat getah skrap je yang lebuh,silap-silap dengan biji getah pun disapunya pasal dah boleh buat duit. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)