Cabang

Khamis, 8 Julai 2010

Siapa Kata FELDA Bankrap ??

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, saya tahu, Harta berkepuk-kepuk, jadi kebanggaan orang Melayu! Tanah berlonggok-longgok, pelbagai bangsa duduk bersatu.

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, saya tahu, Ayah cerita, orang dulu bakar duit, buat halau nyamuk dan ulat bulu, Tanah merah bertukar lebuh raya kelas satu, Hasil minyak buat Amerika pun cemburu.

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, kini malu, Pokok sudah tinggi, galah dan sabit tak larat nak pangku, Kebun sekangkang hasil berbagi, mat-mat Indon yang sapu, Berumah dalam kebun, ada yang ‘termenantu’.

Siapa kata FELDA Bankrap? Saya orang FELDA, kini malu. Tanah makin sempit, si muda hisap dadah dan tua duduk melahu, teruna dara jadikan kebun tempat bermadu, Masjid lengang, solat hanya sekali seminggu.

Siapa kata FELDA Bankrap? Semua orang tahu! Mereka hanya bangkrap agama, bangkrap kelaku, Jom pakat-pakat ambil tahu.

Anak Felda
Gugusan Bera,
al-Kurauwi

1 ulasan:

  1. tahniah bro.sajak yang hebat....felda di guna oleh pemimpin melayu kan

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)