Cabang

Rabu, 7 Julai 2010

Tolong ye ! Tolong jangan fitnah saya...



SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan akhbar supaya tidak menyiarkan bahan-bahan karut-marut dan berunsur fitnah, kerana itu hanya akan menjejaskan imej negara dan rakyat.

Sebaliknya, Perdana Menteri me- nyeru supaya pengamal media meng- utamakan pembentukan akal budi murni dengan laporan berasaskan fakta dan kredibiliti.

“Saya boleh terima apa sahaja cerita, asalkan ceritanya benar, ada kredibiliti dan bukannya rekaan, fitnah. Jangan reka cerita, jangan buat pembohongan, bidaah (dusta). Nak sebut kelemahan saya, saya boleh terima tapi jangan nak kata sesuatu yang tidak benar.

“Kerajaan pimpinan saya sedia dikritik sekiranya ada yang tidak betul, tetapi sebarang kritikan mestilah berasaskan fakta dan bukan semata-mata fitnah yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya berucap ketika merasmikan akhbar S:inar Harian Nasional: dan melancarkan Program Karangkraf Peduli, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Tapi Dato' Seri.....

camana nih Dato' Seri ! kalau hari-hari mau 'ambush' mesin paper mati wo0....ssyyyy! cina tau tarapa jangan itu melayu waka waka eh....

nota s/kabar lama : moga Sinar Harian terus memancarkan sinarannya walaupun tuan beso dah terpakai baju 1Msia, gertak jer tu wei..las-las Apco juga akan dirujuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)