Cabang

Rabu, 18 Ogos 2010

Israel Tak Nak Syarat....Ate same ajer!

Ramadhan ni bulan Mahabbah,Mubarok,Muhasabah,Musyawarah dan Mardatillah….buangkan segala persengketaan yang terbuku di dalam lubuk sanubari. Yakin dan Ikhlas dalam persaudaraan, apatah lagi kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama walau ‘slanga’ berbunga rupa…

Ahh!

Persefahaman yang baik hendaklah ada ‘timbal balik’, kena lah bersyarat …walaupun selama ni mereka letak berbagai syarat yang hamper 99.99% menguntungkan tembolok nafsu rakus mereka sahaja…cakap nak seikat, bedalnya seguni! Bergantang-gantang lagi.

Cakap nak sekangkang, remboknya beribu hektar tanah rakyat….untuk kemajuan rakyat!

Diulang-ulang pembohongannya…habis bergenerasi kebuloq nasib baik tak mampos! Dah habis dibedal semua tanah yang strategic dari Pereleh sampai la ke Sobah, yang ditinggalkannya segenggam ni pun nak dicukainya…memang dasar!

Ooh!

Kau Memang Serupa….Laknatullah!

Israel tolak semua syarat berunding



RAMALLAH - Israel dengan bongkak bertegas tidak akan menerima sebarang syarat yang diletakkan sekiranya diundang mengadakan rundingan secara langsung dengan pihak Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menteri-menteri kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat, kelmarin.Sara Netanyahu(photo).

:Pendirian itu dijangka menyukarkan usaha perdamaian yang sedang dirancang oleh Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia.

:Keempat-empat pihak itu bersetuju menjadi perantara bagi memudahkan rundingan damai antara rejim Zionis dan Palestin, serta dijadualkan menghantar undangan bagi pertemuan itu dalam masa terdekat.

Mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan Netanyahu memutuskan untuk menolak undangan itu dan menunggu undangan lain daripada AS di mana tiada syarat diletakkan.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas juga belum membuat sebarang keputusan sama ada bersedia mengadakan pertemuan langsung dengan Netanyahu.

Antara syarat utama yang ditetapkan oleh Abbas adalah supaya Israel mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka. Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)