Cabang

Isnin, 4 Oktober 2010

Dato' Shafie Afdal Seorang Penyayang....


Dato’ Shafie Afdal mungkin terlupa beliau diberi tugas untuk memimpin Kedah kerana cita-cita politik monopoli beliau di Sabah telah dihalang oleh pihak-pihak tertentu. Kalau hendak dilihat sumbangan beliau memajukan Negara melalui beberapa kementerian di bawah percaturan beliau adalah seperti tiada langsung yang boleh dibanggakan.

Tambahan pula idea bodoh yang terpaksa dibuat ketika memimpin menteri penaik barang. Alasan yang sering diberikan ialah kenaikan harga barang tidak akan membebankan rakyat, harga masih rendah jika dibandingkan dengan Negara lain seperti Uganda dan Zimbabwe.

Harga minyak dinaikkan untuk mengelak aktiviti penyeludupan. Rakyat mesti sama-sama berganding bahu membantu kerajaan dalam memacu ekonomi Negara.

Dengan tak semone-mone Dato’ Shafie Afdal mengumumkan Umno Kedah semakin mantap dan bersatu. Usaha ini berjaya kerana sikit sebanyak melaui kerja kuat beliau dalam membantu Umno Kedah menyelesaikan beberapa masalah tertangguh sekian lama.

Boleh dikira berapa jam Pengerusi Perhunbungan Umno ini turun padang menjengah rakyat di seluruh Kedah dan selebihnya beliau banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur dan Kota London.

Agaknya beliau telah mendapat semangat baru setelah berjaya menghabiskan sesi penggambaran apabila digandingkan dengan pelakon jelita Zahida Rafik(gambar).


UMNO Kedah kembali mantap: Shafie Apdal

2010/10/04

ALOR SETAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau tidak berhasrat memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk tempoh yang lama dan akan menyerahkannya kepada pemimpin dari negeri ini pada masa yang ditentukan oleh kepimpinan parti.

Katanya, UMNO Kedah sudah kembali mantap dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan pemimpin yang layak menjadi pengerusi bagi merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang.

Shafie yang memegang jawatan itu sejak April tahun lalu, berkata beliau memegang jawatan itu untuk sementara bagi membantu Umno negeri selepas kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

"Saya pun tak nak lama. Saya hanya nak bantu. Mereka minta saya bantu...maka saya pun bantulah. Di Kedah, UMNO di sini sudah lain dan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional juga semakin mantap," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aildifitri Barisan Nasional Kedah di sini hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata UMNO Bahagian Sungai Petani yang digantung pengurusan pentadbirannya masih ditadbir oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

Katanya, UMNO negeri telah mengatur pertemuan antara dua kumpulan yang bertelagah di bahagian itu bagi mencari jalan penyesaian.

"Walau apapun masalah dalam bahagian Sungai Petani ini sebenarnya tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan...tidak seteruk masalah bahagian (cabang) dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya.

Pada 21 Julai lalu, Majlis Tertinggi UMNO mengarahkan supaya pengurusan pentadbiran Bahagian Sungai Petani diambil alih oleh Badan Perhubungan Umno Kedah berikutan masalah dalaman bahagian itu.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas, Shafie berkata walaupun jentera Umno dilihat mantap kerana diketuai Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, UMNO Kedah, tetap akan menghantar rombongan untuk membantu kempen pilihan raya itu.

"Walaupun kita sedar dan yakin dengan jentera UMNO di Kelantan, kita tetap kena bantu untuk menguatkannya lagi," katanya. - BERNAMA

nota afdal : Beliau juga seperti tiada rasa malu dengan menganggap Barisan Nasional masih memerintah Negeri Kedah Darul Aman walaupun beberapa kali program beliau terpaksa dibatalkan kerana menyalahgunakan kemudahan awam dengan sewenang-wenangnya untuk parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)