Cabang

Rabu, 6 Oktober 2010

PRK Galas : Dato' Zambry Kadir Yang Berkaliber



Sidang Media Sempena Jamuan Hari Raya Bersama MB(H)Perak.....

Tiada perkara menarik yang boleh diambil daripada kenyataan media ini melainkan hanya sembang-sembang politik di kedai kopi. Sering kali juga kelihatan reaksi kurang selesa Dr Zambry ketika memulakan beberapa sesi sidang media sebelum ini.

Apabila wartawan bertanya mengenai cara beliau mentadbir negeri setelah rampasan kuasa setahun yang lalu, nada beliau seperti berada dalam 'gear 1 dan 2' dan tidak dapat memberi gambaran yang 'realistik'.


Ini kerana beliau sedar tiada banyak pembaharuan yang telah dilakukan melainkan hanya mengikut perancangan terdahulu ketika Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Peningkatan hasil baru-baru ini juga adalah disebabkan perubahan beberapa dasar kerajaan Negeri ketika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-12 yang lalu.

Penstrukturan semula oleh Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir Lembaga Air Perak, Pertubuhan Peladang Negeri, Yayasan Perak,Tabung Bantuan Kemiskinan,Jabatan Agama Islam Perak dan sebagainya telah membuka mata rakyat negeri Perak perbezaan yang ketara ketika di bawah kerajaan Umno Barisan Nasional selama 50 tahun berkuasa.


Sekiranya soalan berkaitan politik adu domba diajukan wartawan, barulah beliau bersemangat untuk bercakap sambil menunjukkan reaksi gembira dengan beberapa hujahnya yang dangkal dan penuh kebencian.


Namun, di akhir sidang video itu mengikut pandangan penulis Dato' Seri Dr. Zambry merasakan beliau lebih hebat dari kedua-dua tokoh besar seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Komen

cetusan ranting 1 (terkini)